top of page

Ixora Sofea

Writer's picture: muhamad syamsyideemuhamad syamsyidee

Updated: Apr 24, 2023


Episod 1


Sewaktu tu Ixora Sofea baru berumur 18 tahun waktu hijab mata dia terbuka masa neneknya meninggal. Nenek Ixora Sofea ada membela saka yang diwarisi sejak 5 keturunan terdahulu. Kini Ixora Sofea menjadi pengganti tempat neneknya tanpa dia sendiri mengetahui.


Ixora Sofea atau Sofea anak tunggal kepada Mimi dan Asyraf, Sewaktu neneknya tenat awal tahun lalu, pakciknya menelefon ibunya “Hello kak. Mak dah sampai masa tu. Akak tak kesian ke kat mak? Sambunglah warisan Mak tu kak”.


Memang Mimi tahu maknya ada membela, sebab itu juga lah dah 8 tahun Mimi tak balik kerumah maknya, ingat lagi masa Mimi baru lepas bersalin di kampung dulu, mak nya kata “kalau kau taknak dia ni tak apa lah mi,anak kau boleh jadi penerus aku”. Lepas cukup 2minggu sesudah bersalin, Mimi terus ajak Asyraf balik terus ke Kuala Lumpur untuk menyelamatkan anaknya daripada jadi hamba syaitan seperti maknya tu.


Setelah dipujuk berkali-kali oleh Asyraf yang disangka tak tahu apa-apa pasal belaan maknya itu, akhirnya Mimi bersetuju untuk pulang ke kampung untuk memberi penghormatan terakhir kepada maknya. Tu pun setelah dia berfikir Sofea dah besar, kalau mak nak bagi “benda” tu mesti dari dulu. Mimi pun dah mengalami mimpi-mimpi aneh sejak 5-6 tahun kebelakangan ni, mak dah buang agaknya. Fikir Mimi lagi


Malam tu Mimi tak boleh tidur sebab fikir hal maknya. Dia takut Sofea akan menerima akibat yang dia sendiri tak tahu. Kesian Sofea, kenapalah mak sanggup mengamalkan ilmu sesat tu, sungguh tak tenang dalam fikiran nya. Kira-kira jam 4.30 pagi Mimi bangun dalam keadaan terkejut akibat mimpi yang baru dialaminya. Dalam mimpi tu , maknya mengelus lembut rambut Sofea di ruang tamu rumah maknya. Mimi baru sahaja masuk kerumah itu dan yang lebih terkejut bila dia nampak yang mengelus rambut anaknya itu bukanlah maknya tapi seorang perempuan tua hodoh atau lebih tepat “belaan” maknya yang berwajah sangat buruk dengan mata kemerahan memandang dan senyum sinis kepadanya.


Mengucap panjang Mimi selepas terjaga dari tidur dan dia menangis ketakutan. Kira-kira 30 minit selepas itu, Mimi mampu menenangkan fikiramnya dengan berfikir mungkin sebab dia terlalu memikirkan hal tu semalam sampai terbawa dalam tidur. Mimi pun bingkas bangun menyiapkan diri akibat dia teringat dia belum solat isyak.


Asyraf berasa pelik dengan sikap mimi pagi tu, kebiasaan Mimi akan menyediakan sarapan untuk dia dan Sofea. Tapi pagi tadi seusai Asyraf solat subuh dia perasan Mimi dah ada didapur, dia ingatkan Mimi dah solat subuh dan tengah buat sarapan sebelum bertolak balik ke kampung sekejap lagi. Mimi asyik termenung pagi tu. Asyraf ada bertanya tentang kelakuannya pagi tu, dia sekadar menjawab tak cukup tidur sahaja.


Asyraf sememangnya seorang yang tidak banyak bertanya hal-hal keluarga Mimi, bukan dia tidak tahu pasal mak mertuanya, tapi dia lebih memilih untuk Mimi memulakan bicara perihal maknya tu. Sofea pula seorang yang periang dan peramah dengan semua orang, tak seperti ayahnya yang agak pendiam tu, perangai Sofea lebih mmengikut perangai Mimi sewaktu Mimi remaja dulu.


Masa dalam kereta, Mimi banyak termenung memkirkan hal maknya, Sofea pula tak sabar nak balik kampung untuk jumpa neneknya dan paksunya itu, dalam masa yang sama Sofea juga sedih mengenangkan mungkin ini juga kali terakhir dia akan jumpa neneknya. Semua orang dalam kereta bergelut dengan perasaan sendiri, Mimi ketakutan dengan hal maknya, Sofea tengah keliru nak gembira atau sedih dan Asyraf pula tengah melayan rasa tak sedap hati, hati Asyraf kuat mengatakan sesuatu akan terjadi nanti.


Sejak mereka bertolak dari jam 8 pagi tadi, Asyraf tiba-tiba teringat mereka semua belum lagi bersarapan. Jam tangan dikerling menunjukkan pukul 10 pagi. Oleh kerana perut Asyraf telah berbunyi. Asyraf membelok ke RNR tanpa bertanya pada Mimi dan Sofea, tiada juga tanda menolak dari mereka. Mereka berjalan ke medan selera, tanpa lama berfikir Asyraf pergi memesan makanan di salah satu kedai makan manakala Mimi dan Sofea terus duduk di tempat duduk yang disediakan oleh pihak RNR tu. Selepas makan Sofea bangun kerana nak ke tandas. Ketika Sofea berjalan kearah tandah, dia telah ditegur oleh seorang perempuan tua yang duduk di kerusi berdekatan “dah besar cucu nenek” Sofea memandang dengan muka bekerut,”nenek kenal saya ke?” Perempuan tua tu sekadar senyum sinis memandang Sofea yang kebingungan. Dalam keadaan yang kekok tu, Sofea cuma berlalu pergi dari perempuan tu.


Setelah Sofea mencuci muka, dia pun keluar berjalan kearah ibu dan ayahnya. Dia berasa pelik perempuan tua tu masih senyum kerarah dia, Sofea tergerak hati untuk duduk seketika disebelah perempuan tua tu. Dia tanya lagi sekali “Nenek kenal saya ke?” “Cucu ni anak Rina kan, takkan lah nenek tak kenal cucu sendiri” kata perempuan tua sambil senyum dan tenang nada suaranya. Sofea langsung tak mensyaki apa-apa kerana sikapnya yang sememangnya peramah, Mereka berbual lama sehingga Mimi datang kepadanya nya. “Sofea, cakap dengan siapa tu?” Sofea menoleh ibunya dan berkata “borak dengan nenek bu” “nek, ni ibu sa…” percakapannya terhenti setelah dia menoleh kembali ke perempuan tua tu. Tiada orang. Sejak dari tadi hanya dia seorang sahaja disitu. Asyraf perasan dari tempat duduknya tadi Sofea duduk di kerusi di koridor menghala ke tandas tu sedang bercakap tapi tak nampak dengan siapa Sofea bercakap, Asyraf mengarahkan Mimi untuk periksa dengan siapa Sofea bercakap.


“Kenapa ni Sofea” tanya Mimi kepada anaknya, nampak muka kerisauan seorang ibu akibat Sofea kelihatan pucat sambil bangun dari tempat duduknya dan kebelakang beberapa langkah. “Tadi ada nenek kat sini bu, Sofea berbual dengan dia. Tapi sekarang dia tak ada”. Mana ada orang kat sini Sofea kata ibunya, kelihatan orang yang lalu lalang disitu memerhatikan mereka. Sofea tanya kepada seorang lelaki yang duduk berhampiran dengan mereka tapi lelaki itu berkata dia tak nampak siapa-siapa selain dirinya yang bercakap seorang diri. Sofea keliru, “Tapi dia kenal ibu, dia tanya Sofea anak ucu kan” serentak itu muka Mimi pucat kerana ada seorang sahaja dalam dunia ni yang panggil nama depan nya itu. Mak! Tu yang keluar dari mulut Mimi.


Asyraf pergi kearah mereka yang kelihatan takut dengan sesuatu itu. Tanpa bercakap panjang, Asyraf mengarahkan mereka masuk ke kereta untuk menyambung perjalanan. Dalam kereta Mimi meminta Asyraf berpatah balik ke Kuala Lumpur, disokong oleh Sofea yang merasakan ada sesuatu yang memerhatikan mereka dari arah belakang. Asyraf dengan tenang berkata “Sabar, kita nak patah balik dah nak sampai dah pun”


“Tak apa, abang faham apa yang jadi. InsyaAllah Allah maha pelindung” tambah Asyraf. Sampai di perkarangan rumah, hanya Asyraf yang turun dari kereta, Mimi dan Sofea tak berani nak turun walaupun Mimi membesar disitu. Ridzwan menyambut kedatangan mereka dengan senyum mesra.


Setelah seketika Asyraf dan adiknya Ridzwan berbual, Asyraf memanggil isteri dan anaknya untuk turun dari kereta, Ragu-ragu mereke turun dari kerete, tangan Mimi dikucup oleh adiknya dan dipeluk oleh Ridzwan yang hanya diperhatikan oleh Sofea.”Mak dah tak ada kak. Wan masuk bilik mak tadi dia tengah sesak nafas. Tapi..” nampak pucat mukanya ketika bercakap. “kenapa Wan?” tanya Mimi. “Mak cakap dia dah jumpa, tu ayat terakhir mak”…



Mimi terkejut mendengar percakapan adiknya lantas terus mencelah “Mak dah tak ada ke wan?” “Eh tak kak, mak ada lagi kat dalam tengah masak” lagilah Mimi terkejut dengan kata-kata Wan tu. Mana tidak, bukan adiknya ke yang cakap maknya tengah nazak semalam. Dengan sedikit bengang Mimi bertanyakan soalan pada adiknya “Kau cakap apa ni wan?? Nak main-main ke apa? Kau tahu tak apa yang jadi dari semalam sampailah tadi kat aku satu keluarga??” panjang lebar Mimi membebel dengan adiknya itu. “Rilex la kak, Wan pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Semalam tengok mak memang dah nazak, sesak nafas. Wan panik tu yang call akak.” Wan lagilah panik bila bangun dari tidur nampak maknya sihat walafiat macam tu.


Kerana kecoh di halaman rumah, Maknya keluar menjenguk dan bila nampak je Mimi, maknya terus menerpa kearah Mimi dan menarik tangan nya ke pangkin bawah pokok besar depan rumah mereka. “Kau dah kenapa buang tebiat?? Tak sayang anak kau ke? Kau balik sini kenapa??” kata mak nya kepada Mimi. Kini Mimi terpinga-pinga dengan apa yang berlaku, dirinya bingung dan keliru dengan apa yang berlaku. Sofea berjalan kearah mereka, memang tak syak lagi wajah ini lah yang dia jumpa masa di RNR tadi cuma… wajah yang tadi kelihatan lebih buruk dari yang ada didepan nya itu.


Mimi menarik tangan Sofea agar Sofea tidak terlalu rapat dengan maknya, Mak nya hanya tersenyum tapi nampak riak sedih di wajah tuanya. “Dah sampai masa korang semua tahu hal sebenar” kata mak nya sambil menyuruh Wan untuk membawa satu teko air the yang telah siap dibancuh tadi untuk keluarga kakaknya itu.


“Macam ni kisah asal usul kita..” perlahan maknya berkata sambil menatap wajah anak dan cucunya itu. Masa mak kecik dulu, arwah nenek mak ada cerita keluarga kita mempunyai “penjaga” yang kita tak nampak. Arwah nenek cakap dekat mak supaya jangan takut, dia baik. Dia nak jaga mak sampai akhir hayat mak. Masa tu mak kecik lagi Rina, tak faham dengan apa yang jadi. Bila nenek mak dah tak ada, masa tu mak dalam umur 15 tahun, nenek kamu yang cerita sebenarnya keluarga kita ni mempunyai saka. Jeda seketika percakapan nya melihat Asyraf datang ke tempat mereka. “Sambung je lah mak, Asyraf dah lama tahu pasal semua ni. Asyraf diam je sebab ingatkan benda ni tak bahaya. Rupanya Asyraf salah,maafkan abg syg sebab leka dengan benda ni” kata Asyraf pada isterinya.


“Mak ada tanya nenek mak pasal semua ni. Kau nak tahu apa nenek mak jawab?? Dia cakap semua ni berpunca daripada nenek dia pulak. Awalnya mak tak percaya tapi nenek kau cerita macam mana benda ni boleh mewarisi sampai ke anak cucu. Tak semua keturunan kita akan jadi pewaris benda ni, nenek mak kata benda tu akan pilih bukan anak nya. Sebab tu kau selamat Rina.” Panjang lebar Mak leha iaitu mak Mimi bercerita.


“maknanya nenek kepada nenek turun ke nenek turun kepada saya?” soal Sofea kebingungan. “ya! Dan kalau salah langkah benda akan turun dekat cucu kau nanti” balas mak Leha sambil mengelus lembut tangan cucunya itu.



Sebaik je Wan masuk kedalam rumah, Wan nampak makhluk tengah mencangkung dengan wajah menyeringai dalam biliknya. Dengan spontan dia menjerit ketakutan, dan sebaik je nak berlari keluar makhluk tu menerkam kearah Wan, dan Wan pun pengsan,


Selepas Asyraf dengar jeritan Wan, Asyraf meluru masuk pantas untuk mengenal pasti kenapa Wan menjerit. Asyraf nampak makhluk tu mencangkung di atas Wan. Sebaik makhluk tu perasan Asyraf masuk kedalam rumah, dia bersiap untuk menerkam Asyraf pula. Mujur Asyraf tak lari, dia azan dalam rumah sekuat hati dan tak lama lepas tu makhluk tu pun hilang dari pandangan


Mereka segera membawa Wan pergi ke rumah seorang ustaz yang rumah nya berada dihujung kampung, Dengan pintu dan tingkap rumah tak ditutup, mereka tanpa fikir panjang terus je keluar akibat panik dan takut dalam ssatu masa yang sama.


Jam menunjukkan pukul 9 malam, rumah ustaz terasa jauh padahal kalau ikut jarak tak sampai 5km pun dari rumah mereka. Dalam kereta Asyraf meminta semua membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir sebanyak mungkin.


Kereta semakin berat, terasa semakin perlahan kereta yang dibawa Asyraf. Walaupun Asyraf menekan pedal minyak sehingga habis tetapi kereta cuma mengaum,laju nya tidak.


Meter menunjukkan 20km sejam dan keadaan diluar mula berkabus. Perasaan seperti sejuk diluar tapi mereka berpeluh-peluh didalam kereta. Aircond disetkan kepada yang paling sejuk. Nak dikata aircond rosak, Asyraf baru servis kereta seminggu yang lalu.


Dalam keadaan yang menyesakkan dada tu, Mimi membuka tingkap untuk pengudaraan yang lebih baik. Disangkakan kabus sejuk diluar tetapi bukan, ianya bukan kabus tapi asap. Sofea dah menggigil ketakutan di tempat duduk belakang bersama nenek dan paksunya yang masih tidak sedarkan diri.


Mulut Asyraf terkumat kamit membaca sesuatu dan menghembus kearah depan kereta. Tak semena-mena terbentuk satu lorong dihadapan mereka dan kereta tidak lagi terasa berat. Tanpa menunggu lama Asyraf menekan pedal minyak keluar dari kawasan itu.


Semakin jauh kereta Asyraf melalui lorong yang membelah persekitaran berasap itu, tapi tak jumpa juga jalan keluar, hanya didepan mereka sahaj yang ditak berasap. Seolah-olah asap tu sedang mengejar mereka.


Mak Leha mengagak mereka takkan lari daripada situasi ni kalau tak buat apa-apa, Mak leha mengarahkan Asyraf untuk berhenti dan Mak Leha keluar menuju ke depan kereta sambil terkumat kamit mulutnya membaca sesuatu.


Lepas Mak Leha membaca atau lebih tepat bercakap dengan sesuatu, Mak Leha menghentak kaki jalan dan seraya dengan itu Mak Leha jatuh pengsan. Asap semakin nipis. Asyraf keluar mendapatkan Mak Leha dan sempat berpesan dengan yang lain supaya jangan ikut keluar. Asyraf merasakan ada bahaya yang menanti.


Asyraf mengangkat Mak Leha masuk ke tempat duduk belakang kereta dan terus menyambung pemanduan keluar dari tempat itu. Sesampai mereka dirumah ustaz tu, ustaz dah pun menunggu mereka diluar. Asyraf mengangkat Mak Leha masuk kedalam rumah, Mimi dan Sofea nak mengangkat Wan, tapi ustaz berkata “kamu tinggalkan je dia dekat situ. Bukan ada faedah pun bawa dia” mereka mengikut saja arahan ustaz tadi wlaupun dalam keadaan terpinga-pinga.


Bila semua dah masuk kedalam rumah. Ustaz mengunci pintu rumah nya dan membiarkan mereka berehat dari kekalutan yang baru dialami tadi. Dah reda keadaan barulah ustaz membuka mulut, membaca ayat-ayat Al-Quran pada segelas air, dan merenjis air tersebut ke muka Mak Leha. Selang beberapa minit, Mak Leha sedar dari pengsan nya.


“Wan mana?kenapa tak bawak masuk? Dengan pintu kereta pun tak tutup. Kan bahaya kat luar tu” kata Asyraf sambil menuju keluar untuk tutup pintu kereta dan mengangkat adik iparnya tu.


Langkah kakinya terhenti setelah ditegah oleh ustaz “bukan adik kamu diluar tu” seraya dengan itu telefon Mimi berbunyi “kak! Korang kat mana? Asal tinggal wan?”


“Astagfirullah al azim”... mengucap panjang Mimi setelah menjawab panggilan adiknya itu. “Kita nak buat apa sekarang ni ustaz” tanya Asyraf kepada ustaz. “kamu semua boleh tenang dan rehatkan diri di rumah ini. Aku uruskan hal-hal selebihnya.


Proses membuang saka Mak Leha agak mudah kerana benda tu dah keluar dari Mak Leha dan yang nasib baik adalah Sofea, benda tu belum sempat mengikat janji dengan Sofea.


Malam tu sayu mereka mendangar satu tangisan yang mendayu-dayu seolah-olah sebuah tangisan seseorang yang merasa akan sesuatu kehilangan.


Segalanya kembali normal sejak dari hari itu. Mimi bahagia,, dia tak perlu berjauhan dari kampung halaman dan lebih bahagia dia telah kembali kepangkuan ibu tercinta.


Asyraf pula membuat keputusan untuk mengajak keluarganya berpindah duduk di situ dan membuka perniagaan kedai makan yang diuruskan oleh isteri dan mak mertuanya itu.


Sofea pula? Dia tak minat kerja kedai makan. Dia lebih minat bekerja di pekan. Wan lah yang akan menghantar Sofe pergi dan balik kerja di kedai telefon Ah Beng, tempat wan membeli Iphne 14 PROMAX secara ansuran. Dia pun tak kisah akan hal itu. Wan seronok dan bahagia lihat keluarga bersama semula.


-TAMAT-


1 view0 comments

Recent Posts

See All
Pondok

Pondok

Comments


bottom of page