top of page

Pusaka Warisan (Bhgn 2)

Writer's picture: muhamad syamsyideemuhamad syamsyidee



AHLI BARU



Berdekah-dekah Mikael ketawa bila tahu Haikal pengsan kerana terkejut Aiza mengandung dan dia akan menjadi atok tak lama lagi.


Semenjak dari itu, Aiza dijaga dengan sangat baik, tak ada satu pun kerja yang Aiza boleh buat. Mereka menyuruh Aiza berehat dan jangan buat apa kerja sekalipun.


Hari-hari seterusnya hanya Saodah yang akan meniaga nasi lemak di pondok depan simpang itu. Mikael dan Haikal mengerjakan ladang belakang rumah dengan lebih keras. Semua nya untuk ahli baru dalam keluarga itu.


Aiza tidaklah keseorangan dirumah, dia selalu ditemani oleh Hanum. Hanum menjaga Aiza seperti kakak kandungnya sendiri. Aiza seringkali mempelawa Hanum untuk duduk sekali bersama mereka di rumah agam itu. Tapi Hanum menolak, Dia merasakan tidak layak untuk duduk bersama keluarga yang sangat bahagia itu.


Ada satu petang, ketika Haikal berseorangan di ladang belakang rumah, dia didatangi oleh Balqis. Balqis tidak lagi bersembunyi, dia semakin berani munculkan diri dihadapan mereka. Dan sekarang Balqis menuju ke arah Haikal.


Haikal perasan Balqis menuju kearahnya, dengan pantas Haikal membuka langkah untuk mulakan serangan jika Balqis terus melangkah.


“Tujuan aku kesini bukan mencari lawan dengan kau! Kau tak setanding aku dan kau pun tahu hal itu kan?” Balqis mula berbicara sambil tersenyum sinis.


“Kau nak apa perempuan durjana? Aku belum membalas dendam terhadap apa yang kau lakukan pada aku dulu!” keras dan dalam kata-kata Haikal.


“Jangan takut, aku takkan membunuh kau. Aku datang cuma nak bagitahu kau kalau anak itu lahir sahaja, kau akan kehilangan kuasa kau sepenuhnya. Kau jangan lupa aku tahu keadaan badan kau yang makin lemah, dan kau juga dapat rasakan bukan?” Balqis cuba menghasut Haikal untuk kembali berjuang untuknya.


Kali ini Rencana Balqis bukan untuk mengawal badan Haikal, tetapi untuk membuatkan Haikal berpihak kepadanya dengan menggunakan kesempatan yang ada. Balqis tahu jika dia nak melawan mereka sekeluarga, dia akan kalah dan akan mati begitu sahaja. Balqis tak setanding dengan mereka jika mereka bersatu.


Haikal tidak mempedulikan apa yang Baqis katakan.Balqis diusirnya keluar dari kawasan itu, dan Dia juga melarang Balqis mendekati mana-mana ahli keluarganya yang lain. Dia tidak teragak-agak untuk terus membunuh balqis jika Dia melanggar kata-katanya.


Malam itu selepas makan, Haikal menceritakan hal yang berlaku kepada Aiza,Mikael dan Saodah. Terkejut juga mereka mendengarnya. Tetapi ada sikit perasaan lega apabila mengetahui Balqis tidak berbuat apa-apa yang buruk.


Aiza juga menceritakan hal Hanum yang tidak mahu apabila diajak duduk bersama mereka, Haikal memberi cadangan untuk mereka bersama pergi kerumah Hanum esok pagi untuk membincangkan hal itu.


Bila mereka sampai dirumah Hanum yang hanya beberapa langkah sahaja dari rumah agam itu, Hanum berasa sangat senang dan juga dalam masa yang sama dia hairan kenapa mereka semua datang. bukan lah tak suka tapi cuma hairan sahaja, biasanya cuma dia yang akan kesana atau mereka akan berjumpa di pondok depan simpang itu sahaja.


Tanpa berlengah Saodah terus membuka mulut.


“Sebenarnya Mak Odah nak jodohkan kau dengan Haikal”


Bukan main terkejut Hanum mendengar, terus merah mukanya.


“Kenapa tiba-tiba macam ni mak Odah?” Soal Hanum


“Kau pun tahu kan keadaan kita semua macam mana sekarang. Lebih selamat kalau kita semua bersatu.” kata Saodah


“Yela Hanum, lagipun saya sebenarnya dah lama juga pendam perasaan suka dan sayang pada awak.” tambah Haikal.


Memang betul Haikal ada perasaan pada Hanum dari mula lagi, cuma dia rasakan jarak usianya yang jauh lebih kurang 20 tahun itu yang menjadikan Haikal hanya memendam sahaja perasaan nya.



“Betul ke? Atau saja nak mainkan perasaan Hanum?” soal Hanum


“Tak lah, saya memang suka pada Hanum, cuma risau Hanum tolak sebab saya tua” jawab Haikal sambil menundukkan pandangan.


“Baiklah kalau begitu, tapi Hanum ada satu permintaan.”


“Apa dia Hanum?” Saodah dan Haikal serentak bertanya.


“Selepas berkahwin, Hanum kena duduk dengan kamu semua kan? Jadi permintaan hanum cuma satu, rumah ni jangan dirobohkan atau dibuat apa-apa. Ni sajalah kenangan Hanum dengan keluarga Hanum, mereka dah tak ada, setidaknya rumah ni akan jadi pengubat rindu Hanum pada mereka.”


Mereka setuju dengan permintaan itu,perkahwinan Haikal dan Hanum telah diadakan dengan sangat meriah sekali.


Itulah kali pertama mereka menjemput jiran-jiran yang berada di kawasan itu untuk datang kerumah agam itu.


Sangat ramai orang yang datang, kawasan itu sudah pun jadi satu pekan, dah tentu akan ramai penduduknya.


Mereka sangat senang dengan keramahan penduduk disitu, penduduk disitu juga masih sangat menghormati keluarga Aiza, Mereka semua tahu Aiza dan keluarganya adalah penduduk asal disitu. Dan ada tanah dan rumah yang didiami oleh mereka milik keluarga Aiza.


Aiza sahaja yang tak pernah ambil peduli dengan tanah-tanah nya itu. Baginya cukup semua orang dapat hidup aman damai serta harmoni disitu.


Dengan ada nya majlis seperti itu kini penduduk disekitar jadi lebih gembira, Aiza rasa bersyukur sangat kerana mereka semua menerima dia dan keluarganya, malah mereka merasakan seperti satu keluarga yang besar.


Penduduk lainnya selalu juga membawa hadiah seperti buah-buahan , hampir setiap hari ada sahaja barangan pemberian penduduk sekitar situ, Saodah membuat keputusan tidak lagi berjual nasi lemak disimpang sebaliknya hanya memberikan secara percuma sahaja. Makan serta minum mereka sekeluarga sentiasa cukup, hasil di ladang belakang pun telah membuahkan hasil dan ditambah dengan pemberian penduduk kampung yang lainnya.


Hasil dari ladang pun Aiza tidak menjual, cukup mennghantar bekalan itu ke pasar sahaja untuk kebajikan penduduk di situ. Bagi nya hasil-hasil itu harus dikongsi bersama, mereka pun akan berkongsi rezeki juga. Cuma bunga-bunga sahaja yang dijual di kedai bunga milik Aiza dan Saodah yang berada ditengah-tengah bandar itu.


Hari semakin berlalu,Balqis tidak pernah muncul melainkan pada Aiza hampir nak bersalin. Aiza mahu bersalin dirumah sahaja, disambut oleh beberapa doktor pakar yang sememangnya penduduk disitu juga. Jiran-jiran juga ada datang kesana untuk menyambut ahli baru dalam keluarga itu.


Keadaan menjadi sedikit huru-hara dengan kemunculan Balqis, ada yang melarikan diri dari situ, ada yang masih kekal disitu nak mempertahankan keluarga itu. Aiza amat terharu dengan mereka.


Haikal dan Mikael menerjah ke hadapan rumah. Kini dihadapan mereka adalah seorang ahli sihir yang kejam dan menunggu masa nak menyerang mereka.


Balqis memulakan bicara, “anak itu tidak boleh lahir di dunia ni!!” bergema suara Balqis dan sangat menyeramkan kepada sesiapa sahaja mendengar nya.


“Apa kau mahu setan!!” Laung Haikal.


“Aku dah cakap pada kau dulu, kalau anak itu lahir kau akan mati!”


“Biarkan saja hal itu, kau jangan masuk campur urusan keluargaku!”


“Kau ingat aku tak tahu, kalau aku mati, kau juga akan mati!”


Tersentak Balqis mendengar kata-kata Haikal. Ya, Balqis juga akan mati sekiranya Haikal mati. Hal ini kerana semasa Balqis nak keluar dari badan Haikal dulu, Haikal sempat membaca satu mentera mengikat roh Balqis dan Haikal. Sekirang Haikal mati,Balqis juga akan turut mati. Jadi dengan itu Balqis tidak akan mengapa-apakan dia lagi.


Mikael hanya mampu mendengar sahaja perbualan mereka, tidak tahu nak berkata apa. Dia hanya mampu bersedia dalam langkah berjaga atas sebarang kemungkinan.


“Kau tak ada pilihan Balqis!” Jerit Haikal lagi.


“Kau tetap akan mati sama ada kau membuka langkah menyerang atau kau membiarkan semua ni terjadi.”tambah Haikal lagi.


“Cuma sekarang kau ada pilihan, untuk mati sebagai penjahat atau juga untuk mati sebagai seorang yang telah bertaubat atas segala dosa silam nya” tegas Haikal lagi.


Balqis mula menangis, dia tidak mahu mati begitu. Dia juga kesal tak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Baginya umpama menunggu hukuman gantung yang telah diberikan oleh seorang hakim keatas pesalah, Dia tahu akan mati sebentar lagi tapi tak boleh buat apa-apa.


Balqis menangis semakin kuat, suasana betukar menjadi sayu dan hiba. Mikael tercengang melihat semua itu. Dia mampu melihat Balqis yang terduduk di hadapan nya itu.


Mikael mula menyoal Haikal, “apa maksud kau akan mati bila anak aku dan Aiza lahir?”


Balqis menyampuk “ Aiza adalah keturunan ketujuh dalam susur galur serigala jadian, bila dia melahirkan keturunan kelapan, semua dari golongan vampire, serigala jadian dan juga ahli sihir akan mati disaat kelahiran itu.”


“Dan itulah yang menjadi sebab kenapa aku ingin membunuh seluruh keluarga kali sebelum ini semua terjadi! Sekarang semuanya dah terlambat!” tambah Balqis lagi.


“Betul ke Haikal??” tanya Mikael mula rasa bersalah.


“Tidak! Aku tak percaya semua itu. Ajal maut ditangan Tuhan, tak ada kena mengena dengan kelahiran seseorang!” Tegas Haikal.


“Kau masih tak percaya lagi? Dengan kehilangan kuasa kau dan juga keadaan kesihatan kau semakin memburuk sekarang?” Tanya Balqis sayu.


Balqis cuma tidak mahu mati dan kerana alasan itulah Balqis menjadi seorang yang sanggup membunuh dan hasil daripada didikan raja sihir yang kejam itu, Balqis juga berubah menjadi kejam. Tapi sekarang dia tidak mampu melawan takdir.


Suasana memjadi hening, penduduk yang sememang nya tahu kisah keluarga Aiza menjadi sayu mendengar apa yang dikatakan Balqis. Semua keliru dan sedih. Masing-masing tak tahu apa yang patut dilakukan. Mereka datang untuk meraikan kelahiran dan kematian dalam masa yang sama.


Keadaan menjadi tegang apabila Hanum keluar memanggil Mikael dengan cemas. Kelam kabut Mikael masuk kedalam. Mereka semua menunggu dengan penuh debaran. Semuanya tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.


Balqis masih terduduk tidak mampu mengawal perasaan nya. Begitu juga Haikal yang mengawasi Balqis, dalam masa yang sama Haikal juga menunggu semuanya dengan penuh debaran.


Masuk sahaja Mikael kedalam, dia diberitahu Aiza telah selamat melahirkan anaknya. Menitik air mata keluar dari kelopak Mikael. Gembira menjadi seorang ayah. Bila teringat hal yang jadi sebentar tadi, terus dia bertanya akan hal isterinya. Doktor yang ada disitu berkata semuanya telah selamat. “Janganlah tuan risau hal itu, semuanya selamat dan tuan masuklah kedalam untuk azankan anak tuan dan tengoklah keadaan isteri tuan. Tak ada perkara yang buruk berlaku” jelas doktor itu.


Masuk sahaja ke dalam bilik, Aiza hanya tersenyum melihat Mikael. Mikael mendukung anak nya dan melaungkan iqamat untuk anaknya. Anaknya comel, mukanya putih kemerahan. Selesai sahaja iqamat, Mikael meletakkan kembali disebelah Aiza. wajahnya bertukar kesedihan.


“Apa yang berlaku abang?” tanya Aiza kepada Mikael.


Mikael menceritakan kejadian tadi. Aiza hanya mendengar sambil tersenyum sahaja.


Aiza berkata “ Jangan risau tentang hal itu abang. Aiza telah membuang sumapahan itu pada hari kita bernikah. Selepas kita bernikah, saya ada meminta untuk masuk kebilik bawah tanah ni kan. Disitu lah saya membuang sumpahan itu. Itu pun sebenarnya secara kebetulan. Kebetulan Aiza tahu saat masuk ke dalam bilik itu. Mak Odah yang temankan Aiza kesitu. Sebab itu juga lah Mak odah tak melarang Pakcik bernikah dengan Hanum.”


Terkejut juga Haikal mengetahui hal itu. “ Jadi tiada apa yang akan berlaku kepada Pakcik?” tanya Haikal.



“Ya bang. Termasuklah Balqis juga akan selamat daripada sumpahan itu. Cuma ada satu saja syarat untuk menamatkan sumpahan itu”


“Apa syaratnya?” tanya Haikal mula bingung dan tak sedap hati.


“Syaratnya Aiza akan jadi serigala jadian setiap kali bulan mengambang, selain daripada itu tak ada apa-apa yang akan memudaratkan kita semua bang. Itu pun akan berlaku selepas anak kita berusia 7 tahun nanti.”


Lega hati Mikael dapat tahu tiada lagi yang harus terkorban.”Tapi..” kata-kata Aiza terhenti.


“Tapi apa sayang?” tanya Haikal.


“Esok lah sayang ceritakan lagi, bawa sekali Balqis ya abang”


“Baiklah, sayang berehat dulu ya, abang uruskan hal diluar”


Setelah mereka semua nampak Mikael keluar, mereka tumpukan pandangan ke arah Mikael.


Sampai sahaja di hadapan Balqis dia berkata


“Tak perlu bersedih lagi. Tiada siapa yang akan mati tapi kau harus datang kesini esok malam. Aiza ada sesuatau yang harus diperkatakan.”


Balqis dan Haikal bingung memikirkan kenapa mereka berdua masih hidup lagi.


“Mikael, adakah anak kau..” baru sahaja Haikal membuka mulut, Saodah menyampuk dari arah belakang.


“Jangan nak memandai-mandai, cucu aku elok lahir di dalam tu”


“Esok kau datang sini Balqis, ada hal yang lebih penting lagi” ujar Saodah lagi.


Dalam masa yang sama semua penduduk yang menyaksikan kejadian itu bersorak gembira. Mereka menyambutnya sehingga lupa akan Balqis yang satu ketika dulu adalah seorang yang jahat.


Balqis juga terpinga-pinga dengan kejadian itu. Haikal tahu Balqis tiada tempat tinggal, dia berbincang dengan Hanum untuk membiarkan Balqis tidur dirumah Hanum, Hanum bersetuju tanpa membantah.


Keadaan sekarang menjadi sangat baik dan itu semua tiada siapa yang rancang melainkan perancangan yang Maha Esa sahaja.


Setelah larut malam, penduduk sekitar juga beransur pulang kerumah masing-masing. Hanum dan Haikal menghantar Balqis balik kerumah Hanum.


Disaat Hanum dan Haikal nak beredar pulang, Haikal sempat berpesan pada Balqis “Hargai lah peluang kedua ini dan jangan sesekali terlintas untuk sia-siakannya kerana akan tiada lagi peluang ketiga akan diberikan” cukup ringkas dan dalam maknanya pesanan nya.


Keesokkan hari nya, Aiza telah bangun dan sedang membuat sarapan untuk mereka semua, terkejut sungguh mereka melihat Aiza di dapur.


Saodah mula nak membebel tapi belum sempat buka mulut Aiza berkata,


“Aiza dah sihat mak, korang semua janganlah lupa Aiza kan bukan manusia biasa, boleh sembuh dengan masa yang sangat cepat” kata Aiza sambil tersengih.


Mereka juga baru teringat akan hal itu. Hari itu merupakan hari yang biasa sahaja apabila menjelang malam, Balqis datang kerumah agam itu,


Kali pertama Balqis menjejakkan kaki kedalam rumah itu, satu ketenangan yang belum pernah dirasakan sepanjang hidupnya.


Mereka menyambut kedatangan Balqis dengan ramah sekali. Seakan Balqis juga adalah sebahagian daripada keluarga mereka.


Bila semua telah duduk di ruang tamu, Aiza mula menceritakan apa yang berlaku dihari pernikahannya dahulu.


Masa Aiza masuk dalam bilik bawah tanah itu, ada satu aura negatif yang sangat kuat menyelubungi tempat itu. Aiza membangunkan rumah agam itu diatas tapak asal rumah orang tuanya dahulu, jadi dia sendiri tahu akan kewujudan beberapa bilik tersebut.


Diajaknya Saodah sebagai peneman, tak tahu tujuan mengapa dia masuk kebilik bawah tanah itu, Aiza cuma dapat rasakan ada sesuatu yang memanggil dia untuk kesitu. Disitu juga lah satu peristiwa pelik berlaku, keadaan bertukar seperti ribut kencang, Saodah dan Aiza hampir sahaja melarikan diri keatas dan tiba-tiba ada lembaga besar muncul dihadapan mereka.


Lembaga itu merupakan seekor serigala jadian yang sangat besar. Lebih besar dari pakciknya Haikal. Mereka berundur beberapa langkah ke belakang.


“Jangan kau takut wahai cucu ku, Aku adalah daripada leluhur mu juga. Darah yang mengalir dalam badan kau adalah darah yang sama mengalir ditubuhku.” kata lambaga itu.


Lembaga itu adalah atok moyang Aiza tapi ianya hanyalah munculkan diri tanpa jasad yang nyata.


Lembaga itu menceritakan hal sebenar tentang keturunan mereka. Dan dia juga menceritakan bagaimana keturunan raja sihir ingin menghapuskan mereka semua. Dan disitu juga lah Aiza diberitahu tentang perjanjian ataupun sumpahan yang mereka buat satu ketika dahulu. Lahir sahaja anak dari keturunan ketujuh, mereka yang mempunyai kuasa hebat akan mati semuanya sekiranya ada kuasa yang masih tersiksa dalam diri mereka.


Dengan itu Aiza meminta cara untuk menghapuskan sumpahan itu demi melindungi keluarga nya serta menamatkan permusuhan ahli sihir keatas keluarga mereka.


Aiza juga memikirkan apa yang akan terjadi kepada mereka yang duduk di sekitar situ, kalau keluarga itu musnah, ahli sihir akan kembali berkuasa dan akan menindas semua orang sama macam dulu.


Sumpahan boleh dibatalkan dengan cara Aiza menyerap semua kuasa yang tersisa daripada mereka termasuklah Balqis. Hari demi hari Aiza menyerap kuasa mereka sedikit demi sedikit, rancangan Aiza jadi mudah apabila tahu Balqis kembali kesitu untuk membalas dendam.


Setelah menyerap kuasa itu semua, Aiza hanya seorang sahaja yang mempunyai kuasa itu, mereka dapat merasakan kuasa mereka telah hilang, dan Balqis merasakannya dan menganggap dia perlu menghapuskan aiza dan anak ya untuk menyelamatkan nyawanya sendiri.


Mulia sungguh hati Aiza kerana ada akibat ke atas keputusan nya itu.


Aiza akan berubah menjadi seekor serigala jadian yang sangat ganas apabila anak nya berusia 7 tahun. Tidak lah lama tempoh Aiza bertukar, hanya waktu malam sahaja. Tapi masalahnya, dia tidak akan mengingat siapa lagi dirinya dan orang disekelilingnya pada waktu dia bertukar itu.


Balqis mendengar dengan teliti dan membuat keputusan untuk berkhidmat sebagai penjaga untuk keluarga itu.


Sejak dari itu dia telah berpindah duduk dirumah agam itu dan mula membuat satu bilik khas untuk Aiza gunakan apabila datang waktunya nanti.


Keadaan semakin baik sejak dari peristiwa itu. Anak Aiza yang diberi nama Mawar…


Sedar tak sedar, dampai pagi Mawar menceritakan perihal keluarganya kepada Ahmadi, lelaki yang dibantunya malam tadi.


Dia merasakan sedikit lega kerana pertama kali dia dapat meluahkan ceritanya kepada orang lain.


Bunyi ngauman telah tiada, keadaan rumah kembali tenang tidak seperti malam tadi. Mereka berdua pergi ke bilik tadi.


Ahmadi melangkah dengan teragak - agak takut dengan serigala besar yang dia jumpa malam tadi.


“Jangan kau takut Ahmadi, ibuku telah kembali ke rupa manusia biasa.” ringkas kata - kata Mawar kepada Ahmadi.


Masuk sahaja ke dalam bilik itu, kelihatan Aiza dengan tangan dan kaki yang berikat, timbul perasaan simpati dalam diri Ahmadi.


Aiza hanya memandang sambil menguntumkan senyuman kelat dari dalam bilik. Selesai sahaja Mawar membuka rantai besi yang mengikat ibunya, mereka turun kebawah untuk menyediakan sarapan bersama sambil berborak, anak - Ahmadi masih lagi tidur, mungkin kerana terlalu selesa jika nak dibandingkan bawah jambatan sebelum ini.



“Kenapa pilih saya untuk duduk dirumah ini?” tanya Ahmad.


“Sejujurnya aku hanya menurut permintaan ibu ku sahaja, ibuku yang menyuruhku untuk menjemput kamu datang kerumah ini.” jelas Mawar.


Pandangan beralih ke Aiza.


“Sebenarnya kau dan aku adalah dari keturunan yang sama, kita adalah saudara Ahmadi.” serentak mereka berpandangan satu sama lain dan Ahmadi kelihatan sangat hairan memandang Aiza.


Ya, sememangnya apa yang dikatakan oleh Aiza itu adalah benar. Ahmadi adalah anak kepada Hanum dan juga Haikal.


Ada satu ketika mereka semua terpisah akibat mengikut haluan masing - masing untuk berdikari bersama keluarga masing - masing. Yang menyedihkan apabila Haikal dan juga Hanum mengalami kemalangan jalan raya yang agak dahsyat dan mereka terkorban di tempat kejadian dan Aiza tak boleh datang akibat jauh dan dia akan berubah bila malam menjelma.


“Mulai hari ini, kau duduklah disini dan sekolahkan anak - anak kau. Aku akan cari cara untuk membuang sumpahan aku ni dan kau jangan takut, sumpahan ini takkan beralih pada kau.”


Macam mimpi, sebelum ini Ahmadi menjadi gelandangan dan sekarang dia menjadi ahli keluarga yang sangat kaya raya.


Mawar adalah seseorang yang amat kaya di kota raya itu, ini kerana hasil kekayaan keluarganya dari dulu. Kebun di belakang rumah agam itu masih diteruskan dan kini menjadi sebuah kilang pembungkusan import dan eksport sayuran dan kebun bunga telah bertukar menjadi pusat kebajikan untuk gelandangan di kota raya. Ini semua adalah idea daripada Mawar untuk menaikkan taraf ekonomi mereka di samping membantu penduduk kota yang kurang bernasib baik.


Urusan persekolahan Amin dan Amir menjadi sangat mudah kerana reputasi keluarga itu yang terhormat dan dikenali ramai. Kini mereka berdua tidak lagi tertinggal dalam pelajaran. Mereka juga amat senang dan bersyukur nasib mereka telah berubah.


Aiza bahagia keluarga mereka telah bersama semula, cuma ada satu hal yang merunsingkan. Hal sumpahan itu, sejak dari Mawar kecil sudah macam - macam cara dilakukan untuk membuang sumpahan itu tetapi hasilnya tetap sama.


Ahmadi bukanlah seseorang yang langsung tidak berguna, dia juga memiliki sedikit saki baki kuasa dari kekuatan Haikal dan kecerdikan Hanum, dalam masa yang sama dia juga mempelajari cara bagaimana untuk menghapuskan sumpahan Aiza.


Hampir setiap hari Ahmadi masuk dan berkurung dalam bilik bawah tanah sehingga ke petang kerana dalam bilik itu ibarat perpustakaan yang mempunyai banyak buku - buku lama. Dia banyak menghabiskan waktu membaca buku - buku itu.


Ada satu hari, waktu itu hujan lebat, Amin dan Amir berada di sekolah dan Ahmadi yang berada di bilik bawah tanah meluru keluar mendapatkan Aiza dan Mawar sambil membawa sebuah buku lama.

Aiza dan Mawar yang sedang berada sedang asyik memerhatikan pemandangan diluar terkejut apabila Ahmadi menjerit memanggil - manggil sejak dari tadi.


Sampai sahaja didepan mereka Ahmadi menunjukkan buku itu, “ dalam ni ada tulis macam mana kita nak membuang sumpahan tu”


Wajah Aiza berubah tertarik dengan apa yang dikatakan Ahmadi itu. Mereka bertiga membaca bersama.


Dalam buku itu tertulis jika nak menamatkan sumpahan itu, mereka haruslah pergi ke tempat asal usul serigala jadian itu. Menurut buku itu, serigala itu bukanlah sekadar kuasa sahaja, tetapi sebenarnya ianya adalah saka yang yang diwarisi oleh seorang pemilik asal dan dah menjadi keturunan untuk diwarisi.


Aiza yang baru tahu akan hal ini keliru, tak tahu sama ada perasaan mahu sedih, ataupun marah. Benda yang disangkakan kuasa kini baru lah dia tahu sebenarnya hanya saka dari keturunan terdahulu. Dan upacara yang Aiza buat dulu untuk menyedut kuasa dari Haikal dan yang lain itu sebenarnya adalah untuk menarik masuk saka terkutuk itu dalam badan Aiza.


Kini dalam badan Aiza ada 2 makhluk yang asalnya daripada 4 makhluk tak guna itu. Dua darinya dengan sendiri telah keluar akibat tidak ada keinginan untuk menjadi saka kepada manusia tetapi dua lagi tertarik dengan Aiza kerana mampu mengawal tubuh badan Aiza.


“Kalau macam ni cerita keluarga kita, bagaimana kita nak pergi ketempat itu? Kita tak tahu punca asal semua ni” Aiza berkata dengan nada yang sayu.


“Tak apa, saya akan cari lagi maklumat lain yang ada dalam bilik bawah tanah. Banyak lagi yang belum saya baca, ini baru buku yang ke berapa puluh dari ribuan buku yang ada di bawah.” kata Ahmadi sambil tersenyum.



“Kalau begitu mari kita membantu Ahmadi di bawah” ajak Aiza kepada anaknya Mawar.


Sejak dari itu mereka bertiga banyak menghabiskan waktu di bilik bawah tanah, tetapi mereka hanya akan kesitu pada waktu Amin dan Amir tiada dirumah sahaja. Bila mereka ada dirumah, Aiza mahu fokus menjadikan hari mereka berjalan dengan baik. Aiza sangat menyayangi Amin dan Amir.


Ada satu hari Amir balik dengan keadaan pipi nya lebam dan Amin yang kelihatan terhincut - hincut. Aiza kelihatan cemas segera mendapatkan mereka. Mereka beritahu ada yang cuba membuli mereka, mereka melawan balik. Akibatnya mereka teruk dibelasah oleh mereka yang sentiasa ada melepak di satu lorong berdekatan sekolah. Mereka berdua memang akan menggunakan lorong itu setiap hari untuk pulang ke rumah.


Mendengar sahaja perkara itu, Aiza meluru keluar pergi ke lorong itu untuk membalas perbuatan mereka, habis teruk kumpulan itu dibelasah Aiza, Aiza tidak memberi peluang kepada mereka kerana usia mereka jauh lebih dewasa berbanding Amin dan Amir. ada yang patah kaki dan tangan akibat di belasah oleh Aiza.


Kini mereka tidak lagi berani melepak dikawasan itu malah jika terserempak dengan Amin dan Amir, mereka akan lari lintang pukang daripada mereka berdua.


Aiza sangat mementingkan keselamatan dan keselesaan cucu-cucu saudara nya itu, keadaan tubuh badan yang masih kuat itu adalah satu kelebihan bagi Aiza bebanding orang lain yang sama usia dengan nya. Mungkin kerana saka itu atau mungkin juga kerana tubuh badan nya yang semula jadi.


Pencarian masih lagi diteruskan untuk mencari dimana tempat asal usul perjanjian saka tu di buat, sementara tu tiada apa yang boleh Aiza lakukan cuma Aiza akan menghabiskan banyak masa bersama Amin dan Amir.


Mereka sehabis baik untuk membuat memori bersama, mereka juga menyayangi Aiza dengan sepenuh hati, mereka tidak dapat kasih sayang seorang ibu tetapi diganti dengan keluarga yang sangat menyayangi mereka.


Ada satu malam, Amir terjatuh dalam satu longkang yang besar, kerana keadaan licin atas jalan yang dilalui saat pulang dari sekolah, Aiza dengan cepat keluar menuju ke hospital kerana pihak hospital yang telah menelefon Aiza berkenaan Amir.


Sampai sahaja di hospital, kelihatan Amin sedang berbual dengan seorang wanita di luar lobi hospital, keadaan menjadi tegang selepas Amin menjerit “pergi” ke arah wanita itu, segera Aiza, Mawar dan Ahmadi ke arah Amin.


Ternyata dihadapan Amin ketika itu adalah ibunya Maria…





KEBAHAGIAN YANG TIBA



“Maria!” jerit Ahmadi.


“Abang, Maria minta minta maaf.” Maria menangis sambil memeluk kaki Ahmadi.


“Sudah! Kau hilang entah kemana, tinggalkan anak - anak kau yang tak berdosa ni.” jawab Ahmadi sambil melepaskan kaki di pelukan Maria.


Semakin erat Maria memeluk dan semakin kuat Maria menangis. Suasana menjadi sayu, Mawar menarik tangan Maria untuk bangun dan Maria masih lagi menangis.


“Aku tak pernah salahkan kau Maria, aku tahu dulu aku susah macam mana. Kau takkan sanggup hidup denganku, malah tak ada sesiapa yang sanggup. Aku faham kenapa kau hilang secara tiba - tiba begitu. Tapi sekarang kenapa kau muncul kembali dalam hidup kami? Nak merampas kebahagian kami pula setelah kau hilang selama 10 tahun?” panjang keluhan Ahmadi kepada Maria.


“Dengar penjelasan Maria bang. Sebenarnya Maria tak kemana - mana. Maria ada dengan kamu semua selama ini, cuma kamu semua tak nampak Maria. Maria tak tahu macam mana nak jelaskan secara terperinci tapi Maria tak bohong bang.”


“Peni..!” kata - kata Ahmadi terus dipotong oleh Aiza.


“Sudah Ahmadi. Betul apa yang dikatakan oleh dia. Aku dapat rasa kewujudan dia sewaktu hari pertama kau di rumah agam itu. Cumanya aku tak tahu siapa dia, dia seperti lembaga yang lutsinar. Untuk pengetahuan kau, hijab aku memang terbuka dari dulu lagi untuk melihat apa yang orang biasa tidak dapat melihat.”


Mawar mengajak mereka bertenang dahulu, segala masalah ini mereka akan berbincang di rumah. Sekarang urusan Amir lagi penting.


Amir mengalami patah kaki akibat terjatuh ke dalam longkang besar itu. Amir terpaksa bermalam di hospital selama lebih kurang seminggu.


Apabila sampai dirumah, Mawar menjemput Maria masuk,


“Kau tak perlu buat dia seperti tetamu Mawar. Dia memang tinggal disini cuma kamu semua sahaja yang tidak dapat melihat dia.” jelas Aiza sambil masuk kedalam.


Maria masuk sambil tertunduk malu.


Ahmadi duduk di ruang tamu bersama Amin yang ketika itu sudah berusia 12 tahun. Mereka semua berkumpul diruang tamu untuk mendengar cerita disebalik diri Maria.


Dengan berbekalkan 50 ringgit terakhir mereka, Maria keluar untuk membeli sedikit barangan makanan asas untuk mereka sekeluarga. Sampai sahaja dikawasan longkang besar yang sama semasa Amir jatuh, ada seseorang memanggilnya.


Dia menoleh ke arah yang memanggil dan tidak semena - mena Maria ditolak jatuh ke dalam longkang besar itu. Dia cuba berpaut pada tebing longkang itu namun seseorang yang memanggilnya tadi telah memijak tangannya dan membuatkan Maria terus jatuh ke dalam longkang itu.


Longkang itu dalam dan gelap jelas menunjukkan dia sudah pengsan dan tesedar bila sudah malam. Dia cuma menjerit meminta tolong namun hampa, jeritan nya tidak didengar oleh sesiapa.


Dia cuba memanjat dan berjalan di dalam longkang besar itu. Ada satu cahaya di hujung longkang, fikir nya jalan keluar.


Maria melajukan langkah, setelah dekat kelihatan seperti suatu tempat penyembahan syaitan disitu.


Bau busuk menerpa hidung dan maria nampak ada seorang lelaki bersama seorang wanita yang mungkin saja istrinya duduk di tengah bulatan sambil dibacakan mantera oleh seseorang yang lebih tua dan kelihatan membongkok . Maria terkejut disaat itu dan cuba untuk bersembunyi.


Tetapi lelaki tua membongkok itu perasan kehadiran Maria disitu, dan dia membacakan sesuatu serta menghembus ke arah Maria, tak lama selepas itu Maria pengsan semula.


Maria sedar apabila hari telah terang. Dia cuba untuk keluar dari situ dan balik kerumah dalam keadaan yang sangat lemah.


Sampai sahaja dirumah dia cuba memanggil suaminya, tapi suaminya tidak mengendahkan dia. Begitu juga dengan anak - anaknya.


Dia merasa pelik dan terus masuk ke bilik air untuk menguruskan diri, alangkah terkejutnya dia kerana dia tidak nampak jelas bayangan dirinya di dalam cermin. Dia cuma nampak cahaya samar - samar sahaja.


Maria dengan panik keluar dari bilik air dan menuju ke arah mereka. Maria mula menjerit dan menangis. Mereka semua tak menghiraukan Maria yang dalam keadaan separuh gila itu.


Bukan mereka tak hiraukan Maria. Mereka tidak nampak Maria yang ketika itu berada tepat di hadapan mereka bertiga.


Sangat menyedihkan apabila terpaksa melihat suami dan anak - anaknya di halau rumah dan hidup merempat di kota besar itu. Tapi dia sedaya upaya untuk bagitahu mereka tentang kewujudan dirinya.


Sehinggalah pada hari Amir terjatuh dalam longkang besar itu, Maria melihat ada sesuatu yang cuba menolak Amir, dia berlari untuk menghalang tapi hanya seperti lintasan angin sahaja.


Apabila dia menoleh ke arah siapa yang menolak anak nya, dia terkejut orang itu adalah orang yang menolaknya satu ketika dulu. Dia cuba mengejar orang itu, tetapi sekelip mata orang itu hilang dari pandangan.


Nasib baik juga Amin masih berada disitu. Amin menjerit meminta tolong orang sekeliling dan membawa mereka terus ke hospital.


Di hospital, Amin menunggu di lobi dan pada ketika itu Maria masuk kedalam hospital dan kali pertama dia ditegur oleh salah seorang misi disitu.


Keliru dalam masa yang sama dia bahagia kerana dia sudah kembali normal. Terus dia berlari ke arah Amin dan memeluk Amin.


Amin terpinga - pinga menyangka Maria adalah orang gila. Amin berlari keluar lobi dan terus mengherdik Maria untk menjauh darinya.


“Maafkan saya mak sebab marah mak tadi.” jelas Amin


“Tak apa, mak faham min. Mak pun tak sangka keadaan jadi normal sekarang.”


“Awak jatuh dalam longkang besar tu kan?” soal Ahmadi kepada istrinya.


“Ya bang”


“Dan sekarang Amir pula kan?” soal Ahmadi lagi


Mereka semua memandang Ahmadi dengan seribu satu persoalan.


“Maknanya ada sesuatu di dalam tu yang cuba bagi kita petunjuk.” Jelas Ahmadi.


Aiza menambah dengan berkata “Sudahlah dulu untuk sementara sekarang ni, jangan dipikirkan dulu hal ni. Kita uruskan hal satu persatu. Kamu pergi lah berehat. Esok kita bincang apa yang perlu kita buat”



Seminggu berlalu, Amir pun sudah keluar dari hospital dengan kaki yang masih berbalut.


Mereka masih lagi meneruskan pencarian di dalam bilik bawah tanah itu. Kali ini semua ada termasuk Amin, Amir dan juga Maria.


Sedang mereka asyik menelaah buku - buku dalam bilik tu, Aiza teringat akan bilik rahsia yang dia masuk dengan Saodah dulu. Amin dan Amir pergi ke atas untuk bermain kerana bosan tak ada yang boleh di buat di bawah itu. Amin memapah adiknya untuk naik keatas.


Mereka berempat memasuki bilik rahsia itu dan mencari apa sahaja yang boleh dijadikan petunjuk. Ada satu buku lama yang nampak seperti sebuah diari lama. Dalam diari itu tertulis bagaimana terjadinya perjanjian dengan saka terkutuk itu.


Seperti dalam sangkaan Ahmadi, perjanjian itu dibuat ditempat Maria pengsan untuk kali kedua didalam longkang besar itu. Dia cuba pergi kesitu dan dihalang oleh Aiza.


“Bukan sekarang, kata - kata yang tertulis dalam buku ini menunjukkan kalau dia nak membatalkan perjanjian dengan saka ini haruslah pada khamis malam jumaat tepat di tengah malam. Dan ianya haruslah keturunan ketujuh yang melakukan nya.


Ini bermakna Aiza yang harus pergi menamatkan nya sendiri. Tapi hari itu hari sabtu. Mereka harus menunggu 5 hari lagi untuk Aiza menamatkan hal itu.


Segala persiapan mengikut buku - buku lama disitu telah disiapkan untuk Aiza. Mereka bimbang akan terjadi sesuatu pada Aiza. Mereka semua tidak boleh menemani Aiza kerana jika ada yang mengikut, sumpahan saka itu akan beralih pada mereka pula. Mereka ingin menamatkan perjanjian terkutuk ini bukan untuk menyambung.


Sejak dari hari itu mereka semua melakukan semua hal bersama - sama. Perasaan bercampur sedih dan takut ada sesuatu yang akan menimpa Aiza.


Tiba hari untuk menamatkan semua ini. Aiza telah sepenuhnya bersiap sedia. Mereka yang lain sangat bimbang dengan keadaan Aiza.


“Kamu semua jangan risau dan takut. Aku telah melalui macam - macam peristiwa hitam. Mungkin ini adalah yang terakhir. Selepas ini kita semua akan hidup dengan tenang.” kata - kata terakhir Aiza sebelum melangkah keluar dari rumah agam itu.


Sampai sahaja di hadapan longkang besar itu, seseorang yang menolak Maria serta Amir memunculkan diri dihadapan Aiza.


“Maafkan aku Aiza, tiada cara lain bagaimana aku nak bagitahu kau tentang semua ini. Aku yang menolak Maria dan juga Amir atas tujuan nak kau sedar ada sesuatu yang tak kena dengan tempat ini. Tiada ahli keluarga kau yang lalu disini melainkan mereka. Tiada cara lain melainkan cara ini sahaja yang mampu untuk aku buat.”


“Balqis.”


Balqis ingin menamatkan perjanjian ini dulu tapi disumpah oleh si tua itu sama seperti Maria, cuma semasa si tua itu membaca mantera kearah Maria sempat dihalang dan cuma separuh sahaja yang mengenai Maria. Sebab itu lah kesan sumpahan yang terkena pada Maria kian pudar.

“Ini masa kau untuk menamatkan semua ini. Si tua itu telah lemah.”


Balqis memeluk Aiza tanda sokongan Balqis padanya. Masuk sahaja ke tempat itu keadaan seperti dipukul ribut kencang. Menghadkan pandangan Aiza dan dengan sekali Aiza membuka langkah sambil melafazkan kalimah - kalimah suci serta menghentakkan kaki ke bawah keadaan bertukar menjadi sepi.


Muncul seorang lelaki bongkok dihadapan nya. “Aku tahu tujuan kau ke mari.” kata lelaki tua itu.


“Aku mahu menamatkan perjanjian syaitan ini!” bentak Aiza.


“Kau yakin? Kau takkan hidup abadi tanpa saka itu. Saka itu telah berkhidmat pada kau sejak 7 keturunan lalu. Dan kau pun tahu kalau saka tu dah tiada, kau takkan mampu mempunyai apa - apa kuasa lagi.” pancing lelaki tua itu.


Aiza tetap dengan pendirian nya. Dia masih lagi dalam langkah berjaga - jaga sekiranya ada yang menyerang.


“Aku tanya kau ni! Sungguh kau nak buang dia?” bentak lelaki tua itu.


“Ya! Saka tu tak memberi manfaat pada aku dan keluarga ku! Selama 7 keturunan saka tu berjaya memperdayakan manusia. Ini adalah penamatnya! Abadi yang dijanjikan adalah abadi di neraka!!!”


“Baiklah. Memandangkan kau datang dengan tujuan yang sangat jelas dan tegas. Aku akan membantu kau. Aku akan keluarkan saka itu dari badan kau dan aku akan pergi bersama saka itu ke tempat lain.” Jelas lelaki tua itu


“Sudah tujuh keturunan aku bersama leluhurmu. Kini aku akan mencari manusia yang akan berjanji sumpah setia bersama aku sehingga kiamat!” kata akhir lelaki tua itu.


Rupanya lelaki tua itu adalah saka yang ada dalam badan Aiza selama ini. Syarat untuk mengeluarkan saka itu sangat mudah. Sesiapa dari keturunan ketujuh sahaja yang boleh membatalkan perjanjian itu. Aiza berasa sedikit lega kerana tidak perlu berhempas pulas untuk menumpaskan lawan.


Akhir kata dari saka itu “Kau jaga lah seluruh keturunan kau! Jangan sampai mereka mencari ku suatu hari nanti kerana pasti aku akan kembali jika mereka menyeru ku!” satu kepulan asap keluar dari kepala Aiza.


Dengan serentak Aiza menjerit kesakitan seperti hampir menemui ajalnya. Seluruh tubuh menggigil kesakitan dan Aiza terjatuh pengsan setelah beberapa ketika selepas asap yang terakhir meninggalkan tubuhnya.


Selang beberapa jam selepas itu, Aiza tersedar dan bangun melihat sekeliling. Keluar bayangan semua ahli keluarga nya yang mati akibat syaitan durjana itu. Suasana amat memilukan apabila abangnya Ray memeluk dan mengusap wajahnya.


“Tenanglah kamu semua sekarang. Aiza telah menamatkan segalanya.” kata - kata akhir Aiza sebelum beredar dari situ.


Mawar dan yang lain termasuk Balqis telah menunggu kepulangan Aiza. perasaan gembira dan bahagia terbit apabila melihat Aiza masuk ke dalam rumah dengan keadaan yang sama seperti sebelum keluar malam tadi.

  • Tamat -

0 views0 comments

Recent Posts

See All
Pondok

Pondok

Comments


bottom of page