
PERKENALAN
Sejak dulu Amir memang tidak rapat dengan abangnya Amin, masa zaman kanak-kanak mereka selalu bertengkar dan selalu dinasihati oleh Ahmadi,bapa mereka. Mereka cuma dua beradik sahaja,itulah yang merisaukan Ahmadi kerana memikirkan apa akan terjadi kepada anak-anaknya itu bila dia tak ada nanti. Ibu mereka telah menghilangkan diri entah kemana.
Selepas Maria melahirkan Amir, Maria terus menghilangkan diri. Masa tu kelam kabut Ahmadi uruskan keluarga kecilnya. Dengan nak uruskan anak-anak tambah dengan isteri hilang entah kemana sekali dengan urusan kerja lagi.
“Sampai hati Maria tinggalkan abang macam ni.” Keluh Ahmadi.
Sungguh hebat ujian yang diberikan, Isteri meninggalkan nya, anak-anak masih kecil. Ahmadi tidak mempunyai keluarga untuk membantunya menguruskan Amin dan Amir.
Prestasi kerja Ahmadi semakin merosot, majikan nya mula merasakan Ahmadi tidak memberi komitmen yang tinggi untuk kerjanya. Ahmadi merupakan seorang jurujual di salah sebuah kedai perabot yang ada di kota besar itu. Ahmadi bukan sengaja untuk tidak memberi komitmen sepenuhnya pada kerja, sebab dia harus menjaga dan menguruskan anak-anaknya seoorang diri, semakin hari dirinya pula yang tidak terurus. Bukan majikan nya tidak tahu hal yang menimpa Ahmadi, majikan nya memilih untuk tidak ambil pusing kerana jika majikannya ambil pusing nanti akan jadi masalah lain pula pada syarikatnya.
Pernah satu ketika pada waktu Ahmadi kerja, Amin datang ke tempat kerja nya memberitahu keadaan kesihatan adiknya Amir semakin teruk. Amir mempunyai penyakit semput. Ahmadi segera memberitahu majikan nya untuk meminta izin pulang awal kerana ingin menghantar Amir ke hospital. Dengan tiada pilihan yang diberikan, Ahmadi terpaksa berkeras untuk pulang juga kerana ini adalah tentang anaknya.
Bila kerap kali hal sedemikian terjadi, majikannya mengambil keputusan untuk memecatnya. Bukan majikan tak faham keadaan Ahmadi tapi majikannya tidak mahu menambah masalah kepada syarikatnya. Tambah serabut keadaan Ahmadi, mana dia nak cari pendapatan untuk menyara hidup anak-anaknya dan menampung kos lain seperti sewa rumah lagi.
Selang beberapa bulan selepas itu, mereka dihalau dari rumah sewa kerana tak bayar sewa rumah selama 4 bulan. Ahmadi cuba merayu dengan tuan rumah tapi tidak dipedulikan. Sudahlah dibuang kerja malah dihalau pula dari rumah sewanya.
Dengan anak-anak yang masih kecil Ahmadi terpaksa juga keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menjadi gelandangan di bandar besar itu. Sejak dari itu mereka hidup hanya di kaki lima kota raya tu.
Ahmadi berusaha untuk mendapatkan pekerjaan tapi siapalah yang nak ambil gelandangan yg mempunyai dua orang anak kecil? Tapi Ahmadi tidak langsung membenci isterinya Maria kerana menghilangkan diri tanpa khabar berita. Hal ini berlarutan selama kira-kira dua bulan,ketika Ahmadi berjalan seorang diri pada waktu malam untuk mendapatkan makanan untuk Amin dan Amir, dia disapa dengan seorang wanita cantik berusia dalam lingkungan awal 30an.Wanita itu kelihatan bersih dan kemas penampilannya,
" Nak kemana tu?" Tanya wanita tu.
"Cari makanan puan, untuk anak-anak." Ringkas Ahmadi menjawab.
"Bawalah makanan ini kepada mereka, sesudah itu kamu datanglah ke alamat ini" kata wanita itu sambil menghulurkan sesuatu kepada Ahmadi.
“Ambil saja makanan ini dan selepas kamu makan bersama anak-anak kamu datang ke alamat ini ya, jangan takut. Aku tidak berniat jahat.” tambah wanita cantik itu selepas melihat Ahmadi kelihatan teragak-agak.
Teragak-agak Ahmadi mengambilnya, Ahmadi pelik kenapa wanita itu baik terhadapnya. Belum pernah lagi Ahmadi berjumpa dengan orang yang baik begitu, selalunya Ahmadi akan menerima jutaan makian dan hinaan masyarakat sekeliling, yang menyangka dia penagih dadah pun ramai jumlahnya.
Sesudah dia mengambil bungkusan, wanita itu berjalan sambil menguntum kan senyuman yang manis kepada Ahmadi, Ahmadi kembali ke bawah jambatan besar ditengah-tengah kota raya itu dan makan bersama anak-anaknya. Sebak rasanya Ahmadi melihat anak-anaknya terpaksa mengharungi kesusahan seperti itu.
Sesudah makan Ahmadi membelek-belek kertas yang tertera alamat wanita tadi, hatinya bergelodak mahu pergi atau tidak. Dia buntu, hampir 15 minit juga dia termenung memandang kertas itu, setelah ditepuk di bahu oleh Amin barulah dia tersedar.
Mahu tak mahu Ahmadi bersama anak-anaknya melangkah juga ke alamat yang diberikan, walaupun hatinya bergedup kencang, Ahmadi nekad untuk pergi kesana mengharapkan sesuatu yang dia sendiri tak tahu jawapan nya.
Terbuntang luas mata Ahmadi apabila sampai di tempat yang ditulis atas kertas tersebut. Sebuah rumah agam yang sangat luas,besar dan cantik dihadapan mereka. Dengan rekabentuk klasik, Ahmadi dan anak-anaknya masuk ke pekarangan rumah itu.
Pagar rumah itu sangat besar dan sebelum sampai ke pintu utama rumah itu, Ahmadi melalui kawasan seperti taman bunga yang indah.
Ahmadi tercium bau-bauan haruman bunga secara tak langsung menaikkan bulu tengkuknya. Amin memberi salam apabila sampai sahaja di pintu rumah.
"Asalamualaikum...." Ahmadi memberi salam.
Kuarrgghhh.... Suara pintu terbuka.
Berbunyi kuat seperti dah lama tidak digunakan pintu utama rumah agam itu.
"Masuklah,jangan takut wahai saudara" bergema satu suara memecahkan kesunyian suasana ketika itu.
Amir melangkah masuk tanpa mempedulikan abang dan ayahnya, Ahmadi tak sempat menarik tangannya, Amir masuk dan terus menuju ke arah suara yang didengarinya. Wanita cantik itu muncul dari tangga atas,dan turun menuju ke arah mereka, Amir berpaling ke arah wanita itu dan terus berlari mendakapnya seolah anak memeluk erat ibunya.
Ahmadi masih lagi dalam keadaan terkejut, wanita itu memperkenalkan namanya sebagai Mawar.
"Sudah,jangan kamu takut-takut lagi. Bawa anak-anak kamu masuk kemana-mana bilik yang kamu suka. Berehat dan uruskan diri kamu dulu. Esok pagi kita bersarapan bersama tepat pada pukul 7 pagi,jangan lewat!” Pesan Mawar dengan nada yang tegas dihujung percakapan nya.
Malam itu Ahmadi tak dapat tidur lena kerana fikirannya melayang akan peristiwa yang mereka alami hari ni. Otaknya masih belum mampu memproses adakah dia berada di alam realiti atau hanya sekadar mainan emosi.
Anak-anaknya telah lama tidur beralaskan tilam empuk dan selesa itu. Memang macam mimpi, semalam tidur beralaskan simen dan persekitaran yang berbau busuk tapi sekarang cukup mewah. Tak pernah terlintas dia akan dapat layanan seperti ini.
Tak lama tu Ahmadi mula mengantuk,baru saja nak lelapkan mata Ahmadi terdengar dentuman kuat dari salah satu bilik dalam rumah agam itu. Tindakan spontan Ahmadi berlari keluar mencari arah bunyi itu, dikhuatiri perkara buruk terjadi pada wanita itu.
Setibanya Ahmadi di muka pintu paling hujung rumah itu,dia terdengar satu suara ngauman yang kuat dari dalam bilik itu. Tanpa berfikir panjang Ahmadi menendang pintu bilik tersebut sehingga pecah dan bergegas masuk.
Terkejut Ahmadi melihat wanita itu hampir diterkam satu makhluk bengis dan dahsyat rupanya, kepala seperti serigala, badan seperti manusia tapi sangat besar. Makhluk itu di ikat dengan rantai besi, bila wanita itu nampak Ahmadi memecahkan pintu bilik, dia berlari keluar sambil memimpin tangan Ahmadi. Mereka masuk kedalam bilik Ahmadi dan masing-masing diam tak terkata. Anak-anaknya tak sedar,dan mereka duduk bersandar dibalik pintu.
"Puan ni siapa dan apa benda makhluk tadi??" Tanya Ahmadi kepada wanita itu dengan suara yang terketar-ketar.
Wanita itu menjawab "panggil saja Mawar dan benda tu sejujurnya ...dah lama makhluk tu berada dalam bilik tu"
KEHADIRAN SETELAH KEHILANGAN
20 tahun lalu...
Ray telah ditembak bertalu-talu oleh konco-konco Balqis durjana itu, akibat tak dapat menahan tembakan itu Ray rebah terkulai layu tidak bernyawa. Aiza hanya mampu melihat dari jauh,dia tak mampu untuk menolong abang nya itu.
Pelan-pelan Aiza menyusup keluar dari celah-celah belukar lari dari tempat itu untuk menyelamatkan diri. Aiza berlari selaju mungkin dengan airmata jatuh deras mengalir dari mata nya.
Dia tak sangka mereka sanggup mengkhianati Aiza dan yang lebih sedih, Aiza tak sangka mereka semua sanggup mengkhianati abangnya Ray. Ray banyak berkorban untuk mereka. Ray dan Aiza adalah sepasang adik beradik serigala jadian. Mereka normal pada siang hari dan mereka akan berubah apabila waktu malam sahaja.
Bagi Aiza, memang melampau untuk penduduk setempat untuk bertindak demikian kerana dia dan abangnya sudah menjaga kampung itu lebih dari nyawanya sendiri.
Tapi apakan daya Aiza masih muda dan kekuatan nya belum cukup untuk melindungi abang dan keluarganya disaat mereka dibunuh kejam di depan mata Aiza sendiri.
Aiza terpaksa lari jauh dari situ dalam keadaan tidak rela dan berjanji akan kembali untuk membalas segala perbuatan mereka.
Aiza mula berdikari, duduk di kawasan pergunungan dan berlatih setiap hari atas satu tujuan, pembalasan dendam.
Beberapa purnama telah berganti, kini Aiza kembali untuk menuntut bela atas kematian abangnya Ray, setelah dia mempelajari dan meningkatkan tahap ilmunya. Dia tanpa belas kasihan membunuh kesemua orang yang ada di kampung itu. Tiada seorang pun yang terlepas dari Aiza. Segala dendamnya dilepaskan pada malam itu.
Tidak cukup sampai disitu, Aiza mengumpul semua mayat-mayat orang kampung di tempat abangnya dibunuh lalu di bakar kesemua mayat tersebut.
Setelah semuanya selesai, Aiza mendirikan sebuah rumah agam yang sangat besar di atas tempat dimana dia membakar ke semua penduduk kampung dan dia sendiri yang duduk didalam rumah itu. Setidaknya saat dia bertukar menjadi serigala dia tidak lagi perlu berlari ke hutan,cukup harus sembunyi di salah satu bilik rumahnya saja.
Selang beberapa malam, datang sepasang suami isteri kerumah Aiza untuk meminta izin menetap dikawasan itu. Mereka selalu daki gunung dan lalu di kawasan itu, mereka kagum melihat persekitaran disitu dan ingin menghabiskan hayat mereka di tempat yang tenang seperti itu. Aiza bersetuju dengan permintaan mereka dengan satu syarat, pada waktu malam mereka tidak dibenarkan pergi jauh dari kawasan itu kerana bimbang akan keselamatan.
Hari demi hari telah berlalu, manusia pun dah semakin ramai berhijrah kesitu. Ramai orang tertarik dengan kampung itu sebab hanya seorang wanita cantik sahaja yang menjadi penduduk asal di situ. Sudah tentu mereka tidak tahu hal sebenar tentang Aiza dan sejarah tempat itu.
Sejak dari itu kawasan yang dulunya sebuah kampung telah bertukar menjadi bandar. Segalanya berubah kecuali rumah agam itu. Tak ada sesiapa yang akan merobohkan rumah agam itu kerana semua orang menghormati bahawa Aiza ada penduduk asal disitu. Pembangunan disitu juga meningkat dengan cepat. Banyak rumah-rumah yang dibina sekitar kawasan itu secara tak langsung menjadikan kawasan jajahan Aiza semakin besar dan berkembang.
Aiza mula rasa bosan duduk berseorangan dalam rumah agam besar itu. Rumah-rumah penduduk lain tidaklah begitu dekat dengan rumah agam nya, ini kerana penduduk memberi penghormatan kepada Aiza selaku menjadi ketua kepada penduduk disitu.
Pada waktu pagi dia akan keluar berjalan-jalan di pekan. Semakin ramai penduduk dan mereka sangat menghormati akan dirinya. Semua orang menyukai Aiza dan Aiza juga begitu ramah dengan mereka. Walaupun kejadian lalu begitu perit untuk dilupakan tetapi bagi Aiza, lebih baik pendam dan buka halaman baru dalam kehidupannya. Lagipun mereka semua tidak tahu apa yang terjadi, jadi Aiza tiada sebab untuk membenci dan mengasingkan diri dari mereka.
Sangat aman suasana pekan itu cuma sesekali pada waktu malam mereka akan mendengar suara serigala menyalak, pada awalnya mereka juga ketakutan tetapi bila kelamaan mereka semua tidak mengalami apa-apa malapetaka dan sekarang walaupun dengar suara itu pada waktu malam,mereka sudah biasa untuk tidak mengendahkannya. Setiap kali mereka mendengar lolongan sayu serigala itu, mereka juga akan mendoakan hal yang baik-baik akan terjadi kepada serigala itu.
Pada suatu hari, sedang asyik Aiza berjalan-jalan dipasar pagi,dia disapa oleh seorang penjual bunga
"hai awak, ambillah bunga ni,hadiah untuk awak yang sungguh menawan". Pipi Aiza kemerahan mengambil bunga dari jejaka tampan itu. Aiza cuma membalas dengan senyuman manisnya.
Mula dari itu, Aiza selalu dapat sejambak bunga bila dia melintasi gerai penjual bunga itu setiap pagi. Lama kelamaan Aiza memberanikan diri untuk menegur jejaka tampan itu.
"Awak tak rasa rugi ke setiap hari bagi bunga pada saya? Bukan sekuntum tapi sejambak pulak tu."
Lelaki itu menjawab "Untuk wanita menawan dan yang paling penting untuk wanita yang lebih cantik daripada bunga-bunga ni apa salahnya ".
"Saya Mikael, cik siapa nama?" Tanya lelaki tampan itu.
"Aiza"
Ringkas jawapan Aiza sambil tersenyum dan berlalu sopan melintasi gerai itu. Mikael cuma pandang ke arah Aiza yang tertunduk malu sambil tersenyum manis itu. Sungguh mencairkan hatinya.
"Sopan sungguh perilakunya" detik hati Mikael.
"Apa yang kau termenung tu Mikael?" Tanya ibu Mikael yang bernama saodah.
"Tak ada apalah mak" balas Mikael sambil senyum. Dah macam kera sumbang lagaknya.
Hari demi hari berlalu, Aiza dan Mikael semakin rapat. Sesekali Mikael akan menemani Aiza berjalan dalam pasar pagi itu. Mikael masih tak berani untuk mengajak Aiza berbual lama, cuma sekadar menjadi teman berjalan sahaja.Tengah hari tu, Aiza mengajak Mikael untuk menemaninya ke taman pada waktu petang. Mikael terus setuju tanpa berfikir panjang. Aiza cuma tersenyum melihat gelagat Mikael yang lucu ketika itu.
Petang itu untuk pertama kalinya Mikael keluar berdua-duaan ke taman bunga seperti sepasang kekasih. Berbunga-bunga hati mikael. Sampai saja di taman itu, Aiza yang sudah sampai terlebih dahulu melambaikan tangan kepada Mikael. Pada awalnya mereka tak banyak cakap, gemuruh mungkin. Aiza juga pertama kali menghadapi situasi sebegitu.
Aiza mula memecahkan kesunyian suasana dengan soalan "nak diam je ke wahai abang tampan sebelah saya ni"
Merah padam muka Mikael menahan malu dan kekok dalam situasi itu. Tergelak Aiza memandang Mikael. Melihat Aiza tergelak Mikael juga turut tergelak sama.
"Err maaf ye cik, saya tak biasa berada dalam situasi macam ni". Jujur Mikael luahkan isi hatinya
"Ini juga kali pertama bagi saya, tak payah cik cik dengan saya. Panggil sahaja Aiza, kita kan dah kenal dan semakin rapat" jawab Aiza meredakan rasa kekok mereka berdua.
Banyak perkara dibualkan oleh mereka, sehingga hal-hal bunga pun diceritakan oleh Mikael kepada Aiza. Aiza sangat senang dengan Mikael. Nampaknya Aiza sudah mula jatuh hati. Tak sedar akan masa telah menjelang gelap, Aiza tak senang duduk,jam tangan di kerling menunjukkan waktu hampir malam, sekejap lagi Aiza akan berubah menjadi seekor serigala jadian.
Nampak cemas dimuka Aiza, segera dia berdiri dan berkata "maafkan saya, saya kena pergi. Jumpa disini esok jam 4 petang ya." Selepas Aiza mengucapkan kata-kata itu, Aiza berpaling dan terus berlari keluar dari kawan itu. Terpinga-pinga Mikael dibuatnya. Mikael menyangka dia ada tersalah cakap dengan Aiza sehingga Aiza berlari sebegitu. Nak dikejar sudah jauh Aiza berlari. "Sungguh cepat wanita cantik itu lari" gumam Mikael sendirian.
Mikael balik dalam keadaan hampa yang jelas kelihatan di wajahnya.
“Kenapa muka kau masam mencuka? Sakit perut ke?” Tanya Saodah setelah Mikael sampai dirumahnya.
“Tak ada apalah mak.” Jawab Mikael ringkas.
“Hai, baru pertama kali keluar dengan Aiza takkan dah gaduh pula.” Kata Saodah lagi.
“Ish mak ni. Mana ada gaduh. Saya pun tak tahu apa sebabnya, Aiza kelihatan kelam kabut dan cemas tinggalkan taman tadi. Nak dikejar tak dapat. Laju betul Aiza lari.”
“Kau kejar dah kenapa, biarlah Aiza tu. mungkin betul ada hal yang berlaku yang kita tak tahu. Dahlah. Jangan dipikirkan sangat. Esok kau tanyalah Aiza.” balas Saodah sambil menutup tingkap-tingkap rumah nya.
“Yelah mak.” Ringkas jawapan Mikael sambil masuk ke dalam bilik.
Malam itu Mikael sukar melelapkan mata kerana memikirkan kejadian petang tadi. Baru sahaja ingin lelap, Mikael terkejut mendengar lolongan serigala. Kali ini lain rentak lolongan nya. Tidak seperti biasa yang kedengaran sayu dan sayup. Kali ini kedengaran lebih kuat dan seperti menahan kesakitan. Mikael tidak sedap hati malam itu.
Mikael bangun dan duduk di luar rumahnya, sambil memerhatikan rumah agam milik Aiza yang berada di atas bukit itu. Mikael mula berfikir kenapa setiap kali lolongan serigala itu datang dari arah bukit dekat dengan rumah agam Aiza. Dia risau apa-apa terjadi pada Aiza. Tapi dia tak boleh pergi meninggalkan Saodah seorang diri di rumah secara tiba-tiba. Risau kalau ada yang berlaku pada ibunya.
Nak tak nak, Mikael kembali masuk kedalam rumah dan cuba untuk melelapkan mata dengan hati yang penuh kerisauan tentan Aiza dan lolongon serigala itu. Dirasakan seperti ada kaitan antara suara lolongan serigala dengan rumah agam itu. Lama-kelamaan terlelap juga Mikael tidur dengan penuh tanda tanya.
KEBENARAN YANG TERUNGKAP
Tepat jam 4 petang Mikael telah menunggu Aiza di tempat yang sama mereka berjumpa semalam. Dia telah mula jatuh hati pada Aiza.
Setelah 1jam menunggu, Aiza tiada tanda-tanda kemunculan di sana. Tambah lagi rasa tak sedap hati dari malam tadi, rasa ingin pergi kerumah agam milik Aiza tapi Mikael teragak-agak.
Mikael menunggu sehingga jam 7 petang disitu, Aiza tetap juga tidak munculkan diri. Mikael mula melangkah pulang dengan kecewa.
Esoknya Mikael masih menunggu di tempat dan waktu yang sama, tapi hampa. Aiza tetap tak munculkan diri. Setelah 3 hari berlalu Mikael nekad untuk pergi ke rumah agam Aiza untuk mencari dimana Aiza. Sebelum Mikael pergi, Mikael menceritakan kepada Saodah apa yang dia rasa.
“Sebenarnya Mikael, Aiza tu bukan orang biasa seperti orang kebanyakkan yang tinggal di sini.” Saodah besuara.
“Maksud mak?” tanya Mikael kebingungan.
“Suara tangisan dan lolongan setiap malam yang kamu dengar itu sebenarnya adalah milik Aiza.” Saodah mula menceritakan apa yang berlaku kepada Mikael. Ternyata Saodah tahu apa yang terjadi dulu.
Mikael seakan tidak percaya apa yang diceritakan oleh ibunya. Malah dia juga tidak menyangka bahawa dirinya juga bukanlah hanya sekadar manusia biasa. Saodah menceritakan apa yang terjadi dulu dan memberi cadangan esok pagi mereka kerumah agam Aiza dan siasat apa yang berlaku keatas Aiza.
Pada keesokkan hari kira-kira tepat jam 8 pagi Mikael dan Saodah sudah terpacak di depan pintu rumah agam tersebut. Hatinya berdegup kencang apabila dia melangkah masuk ke kawasan rumah agam itu.
Mikael dalam keadaan dilema selepas mendapati salah satu tingkap di rumah agam itu pecah. Tingkap yang berdekatan dengan pintu utama itu kelihatan pecah dan memudahkan sesiapa yang melalui kawasan itu untuk melihat.
Dalam ketika Mikael di fasa membuat keputusan untuk masuk sahaja atau cuma sekadar memanggil nama Aiza, Mikael mendengar suara seorang gadis meraung kesakitan dari dalam rumah agam itu.
“Aiza!”
Mikael mengecam suara itu dan tanpa berlengah dia meluru masuk ke dalam rumah agam itu dan sangkaan dia benar, Aiza meraung kesakitan sambil memegang dada nya yang penuh dengan darah.
Mikael pergi kearah Aiza untuk membantu. Sambil mengangkat Aiza dengan perlahan dia bertanya apa yang berlaku.
“Awak tak patut datang Mikael” jawab Aiza sambil menahan kesakitan.
Mikael membersihkan luka pada badan Aiza dan terkejut bila Mikael nampak kesan cakaran besar di belakang badan Aiza serta kesan tembakkan pada dada sebelah depan Aiza.
Setelah luka Aiza dicuci, Saodah memasak sesuatu untuk Aiza makan, Saodah percaya dalam keadaan Aiza seperti tu, dia belum makan apa-apa selama kira-kira 3 hari berlalu.
“Cuba jelaskan apa yang berlaku? Siapa yang buat bergini pada awak Aiza?” tanya Mikael sambil menyuap makanan ke mulut Aiza. Baik sungguh Mikael kepada Aiza.
Aiza mula menceritakan apa yang terjadi, Masa Aiza pulang dari berjumpa Mikael tempoh hari, dia telah diserang oleh 3 orang yang bersenjatakan senapang di dalam rumah nya sendiri.
Dan yang paling mengejutkan Aiza, ada satu makhluk seakan serupa dengan diri nya bersama mereka yang menyerang nya. Satu pertempuran yang agak dahsyat antara dia dan makhluk itu. Dia hampir menang dan hampir membunuh makhluk itu, tetapi dia telah ditembak oleh salah seorang daripada mereka tepat di dada. Aiza bernasib baik,tembakan itu tesasar sedikit dari terkena tepat ke jantung.
Terlopong Mikael mendengar apa yang diceritakan oleh Aiza. Seakan tak percaya tapi dengan apa yang Mikael lihat sendiri keadaan Aiza sebegitu dan apa yang diceritakan oleh ibunya, nak tak nak dia memaksa diri untuk percaya juga.
Melihat Mikael kelihatan terkejut, Aiza faham kalau Mikael ingin menjauhkan dirinya dengan Aiza. Aiza menyuruh Mikael meninggalkannya kerana Aiza menyangka Mikael akan takut setelah mengetahui hal sebenar tentang dirinya ditambah dengan hal yang baru terjadi.
Mikael menolak dengan baik kata-kata Aiza yang menyuruhnya pergi. “Lepas makan ni awak masuk ke bilik berehat. Kami kemas apa yang berselarak dulu. Dah siap semua baru kami balik dan malam nanti kami datang semula ya.” Jelas Mikael.
Aiza kelihatan tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mikael, kerana dia tahu waktu malam dia akan berubah menjadi sesuatu yang menggerunkan. Tapi belum sempat Aiza besuara Mikael tambah dengan berkata
“Tak payah fikir terlalu banyak. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buat saja apa yang saya cakap.” Mikael berkata sambil bangun dan pergi kearah ruang tamu rumah itu.
Aiza mula menurut tanpa mempersoalkan apa-apa lagi.
Waktu yang hampir senja begini membuatkan hati Aiza tak senang. Dia tahu sekejap lagi dia akan bertukar. Macam mana pula dengan Mikael. Tidak kah dia takut akan Aiza.
Sudah kebiasaan, saat Aiza ingin berubah menjadi serigala jadian itu, tubuhnya akan berasa panas. Tapi anehnya malam itu badan Aiza tidak mengalami perubahan apa-apa. Pelik dengan keadaan itu tapi Aiza tetap mengikat dirinya dengan rantai besi di dalam bilik utamanya. Dia menyangka Mikael akan takut kepada dirinya. Sekurang-kurang nya bila Mikael nampak dia dalam keadaan begitu, Mikael akan merasa aman.
Pintu besar rumah agam itu dikuak dan muncul Mikael bersama ibunya. Apabila mereka masuk kedalam bilik Aiza berasa cemas melihat mereka.
“Tak perlu kamu cemas dan takut sayang. Kami akan menjaga kamu” lembut ibunya bersuara.
Terpinga-pinga Aiza disaat Mikael membuka ikatan besi ditangannya.
“Kenapa saya tak berubah?” soal Aiza
“Sebab makcik ada dekat dengan kamu” balas ibu Mikael.
Ibunya mulakan bicara di saat mereka makan bersama di ruang makan rumah itu. Aiza kelihatan agak senang kerana itulah kali pertama dia berasa normal di sepanjang hidupnya. Mikael hanya tersenyum melihat tingkah laku Aiza.
Saodah menceritakan bahawa dia adalah keturunan yang mampu memulihkan sumpahan serigala jadian. Menurutnya lagi, dia sudah lama mengetahui hal sebenar mengenai Aiza.
Kebolehan itu terhad kepada Saodah sahaja manakala anaknya Mikael tidak boleh menyembuhkan sebarang sumpahan.
Dulu hal yang sedemikian pernah terjadi. Pada waktu itu Aiza masih kecil, dalam lingkungan 6 atau 7 tahun. Saodah sebenarnya adalah orang gaji kepada ayah Aiza, Raikal.
Raikal juga merupakan serigala jadian dan semasa peristiwa orang kampung ingin membunuh Raikal, Raikal menyuruh Saodah dan Mikael melarikan diri.
Suami Saodah telah berkorban nyawa demi menyelamatkan Raikal tapi tidak berjaya dan dibunuh kejam oleh orang kampung ketika itu.
Tiada pilihan lain mereka pergi meninggalkan kampung itu. Masa terus beredar, Mikael pun dah berumur 24 tahun ketika ini. Mereka kembali ke bandar yang dulunya kampung itu dan tak menyangka bahawa mereka akan menemui Aiza kembali.
Sekarang Mikael sudah jatuh hati pada Aiza tanpa dirancang, begitu juga Aiza. Ini memudahkan lagi niat Saodah untuk kembali berkhidmat kepada keluarga itu. Baginya keluarga Aiza terlalu banyak membantu Saodah dan saodah telah menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Kalau bukan kerana Raikal menyuruh mereka dua beranak melarikan diri, tidak mungkin mereka akan selamat dari serangan orang kampung ketika itu.
Aiza tidak mengingati siapa Saodah, mungkin kerana dia telah banyak menempuh peristiwa hitam sepanjang hidupnya. Aiza merasa lega kerana dia telah berjumpa orang-orang yang tahu akan diri nya dan tidak mengapa-apakan dirinya
Mikael mula bertanya “Siapa mereka yang menyerang awak tu Aiza?” sekali lagi Aiza hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu siapa mereka.
Mereka semua manusia yang telah berpakat dengan satu makhluk yang juga serigala jadian, tapi satu makhluk ini sangat dahsyat kerana kekuatan nya yang hebat, Dia lebih dikenali sebagai Haikal.
Haikal merupakan abang Raikal ayah kepada Aiza, dan secara tidak langsung Haikal itu adalah pak cik kandungnya.
Mikael hanya mampu menelan air liur mendengar apa yang ibunya ceritakan, tak tercapai dek akal bila memikirkan ikut logik akal semata. Zaman tu ada mahluk-mahluk sedemikian rupa.
Aiza mula membuka mulut, “kalau dia pak cik Aiza, kenapa dia nak bunuh Aiza?”
“Sebab dia nakkan kuasa yang ada pada Aiza. Kuasanya akan bertambah jika dia membunuh manusia-manusia dari kalangannya.” balas Saodah.
Saodah menambah setelah dia membunuh Raikal dia cuba membunuh Aiza dan Ray. Tapi dia tak sempat membunuh kedua beradik kerana orang kampung telah campur tangan, dan Haikal mengambil peluang menyamar sebagai orang kampung dan turut menghasut mereka untuk membunuh keduanya. Hanya Aiza yang sempat melarikan diri ketika itu.
Ketika Aiza membalas dendam terhadap orang kampung, Haikal telah lama meninggalkan kampung itu. Sekarang kuasanya bertambah kuat dan tidak lagi boleh berubah menjadi manusia biasa.
Dengan kehadiran Saodah dan Mikael, Aiza merasa sedikit aman bila mereka bersama. Dia takut Haikal dan kumpulan nya akan kembali.tapi dengan kehadiran Saodah kuasa Haikal juga tidak akan memberi apa-apa kesan.
Cuma mereka perlu khawatir tentang manusia-manusia suruhan Haikal yang akan datang lengkap bersenjata.
Mikael memberi idea untuk Aiza tinggal dirumah mereka untuk beberapa ketika, memandangkan Aiza takkan berubah menjadi serigala jadian bila dekat dengan mereka, ini memberikan jaminan untuk Aiza terus selamat dari mereka semua itu.
“Boleh tapi bukan sekarang. Kita bertahan disini sehingga pagi kerana mereka telah menunggu diluar” kata Saodah.
“Tapi jangan risau, mereka tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah kerana Mak telah menutup hijab mereka untuk melihat apa yang berlaku disini.” tambah Saodah.
Selepas berbual panjang, mereka semua kembali kebilik utama dan tidur di atas katil manakala Mikael hanya tidur di sebuah kerusi panjang dalam bilik itu. Mereka tak nak berjauhan kerana sekiranya berlaku apa-apa mereka akan segera dapat bertindak dengan pantas.
Mikael bangun awal pada pagi itu. Menjadi kebiasaan bila dia bangun tidur, terus menuju ke dapur untuk membuat sarapan untuk ibunya.
Pagi yang aman buat mereka bertiga. Melihat ke luar rumah, tiada tanda-tanda kumpulan penjahat itu.Saodah memberi cadangan mereka memalsukan kematian Aiza supaya Haikal dan konconya tidak mencari lagi Aiza.
Aiza setuju dengan cadangan itu cuma mereka sedar cadangan itu tidak akan bertahan lama kerana mereka tahu Haikal akan mengetahui hal itu bila merasakan tiada perubahan pada dirinya.
“Haikal akan kembali juga kesini mak.” soal Mikael.
“Sebab tu kita kena cepat” balas Saodah.
“Cepat apa mak?tanya Mikael.
Laju Saodah membalas “Cepat untuk korang kahwin!”...
Cadangan Saodah ditolak oleh Aiza dan Mikael tapi jelas di wajah mereka, mereka juga meinginkan pekara itu berlaku. Mereka berkata tidak, mungkin saja kerana malu.
Saodah berkata lagi, “macam ni lah, Kamu berdua balik dulu, hal-lain lain biar mak yang uruskan.”
“Tetapi macam mana?” Tanya Aiza
“Serahkan saja pada makcik. Kamu berdua jangan risau. Tunggu saja dirumah sampai mak balik” jawab Saodah sambil memandang anaknya Mikael.
Ragu-ragu mereka bergerak tapi setelah dipaksa oleh Saodah, mereka meninggalkan rumah agam itu.
Setelah 3 hari selepas kejadian itu baru lah Saodah sampai dirumah. Mikael yang perasan mak nya balik, segera dia mendapatkan Saodah.
“Lama sangat kenapa mak? Risau kami dibuatnya.
“Bukan senang nak buat Haikal percaya tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar”
Lega hati Aiza mengetahui hal itu.
Malam tu Aiza termenung keseorangan fikirkan tentang kerana Haikal lah abangnya mati dan kerana Haikal juga lah dia membunuh seluruh kampung. Dia tidak tahu sama ada Haikal yang kejam ataupun dirinya.
Saodah perasan Aiza termenung atas anjung rumah lalu Saodah mendekati dan menegur Aiza.
“Apa yang dimenungkan tu Aiza? InsyaAllah, hal ni dah selesai. Kamu pun dah tahu hal yang sebenarkan. Anggap saja ini ketentuan Allah untuk hambanya. Jangan kita mencari alasan untuk menyalahkan diri sendiri.”
Jelas kata-kata Saodah itu membangkitkan semangat dalam diri Aiza.
“Kalau boleh mak nak Aiza jadi menantu mak.” kata Saodah memecah kesunyian malam.
Merah muka Aiza dibuatnya.
“Terpulang pada Mikael selanjutnya, saya turut saja mana yang baik” kata Aiza sambil melangkah ke bilik sambil hatinya berbunga-bunga bak taman yang mekar.
Minggu tu mereka sibuk dengan hal perkahwinan mereka, tiada bencana yang menimpa. Semuanya seakan mudah bagi mereka.
Mereka juga merasa tenang dan aman selepas hal yang terjadi di rumah agam itu.
Setelah setahun perkahwinan mereka, Aiza buat keputusan untuk kembali duduk di rumah agam itu. Hajat di hati ingin membawa Saodah duduk sekali dengan mereka.
Mula nya Saodah agak keberatan tetapi setelah dipujuk oleh Mikael, Saodah bersetuju.
Setahun rumah itu ditinggalkan dan Aiza kembali lagi kesitu. Rasa mengharukan hati apabila Aiza melangkah masuk ke rumah agam itu.
Semua nya nampak kukuh seperti dulu cuma keadaan dalam rumah yang berhabuk dan diluar pula penuh semak samun. Maklumlah dah setahun ditinggalkan.
Tiga hari juga masa yang diperlukan untuk mengemas semula keadan rumah agam tersebut, itupun tak semua bilik yang mereka bertiga mampu kemas.
“Cukup dulu lah kita mengemas ni. Bilik lain pun bukan kita guna pun kan. Lain hari boleh buat” kata Aiza kepada suaminya.
Malam tu, mereka semua tidur awal kerana keletihan. Tambahan pula keadaan tengah hujan lebat, lagilah mereka tidur dalam keadaan amat selesa lagi.
Seperti biasa Mikael adalah orang yang paling awal bangun, Semasa dia menyediakan sarapan untuk ibu dan isterinya, Aiza menghampiri Mikael.
“Kenapa tak kejut saya?”
“Awak kan penat, tak apalah. Sarapan ni bukan susah pun nak buat”
Gembira hati Saodah melihat kemesraan anak dan menantunya.
Saodah lambat bangun pagi tu, kelihatan masih penat. Duduk saja di kerusi sebelah Aiza, Aiza menghulur secawan Milo panas padanya.
Selepas menghirup air di cawan, Saodah mula besuara “ apa rancangan kamu berdua selepas ni?”
Aiza membalas “Aiza ingat kan mak, tanah belakang ni kan luas. Apa kata kita buat sesuatu atas tanah tu.”
“Maksud kamu?”
“Yelah, kita kan jual bunga masa duduk di rumah lama, apa kata sekarang kita tanam bunga, kita buat kebun bunga besar dan cantik. Tak semua kawasan lah kita tanam bunga, kita bahagikan dua, sebelah bunga dan sebelah lagi kita buat kebun sayur.”
Panjang Aiza memberi idea.
“Hasilnya nanti kita boleh jual pada semua penduduk bandar. Dekat pasar pun sekarang ni kekurangan bekalan sayuran kan” tambuah Mikael.
Saodah setuju dengan cadangan itu cumanya dia dah tua untuk bercucuk tanam.
“Mak dah tua, takut tak larat nak kerjakan semua tu”
“Kami tak minta mak yang buat, mak berehat saja, biar kami yang buat semua tu”Balas Aiza semangat.
“Mana boleh macam tu, apa kata kalau mak meniaga nasi lemak di simpang depan rumah agam ni. Jalan depan ni pun dah mula ramai orang lalu, sekurangnya kita boleh dapat cari duit lebih sementara kamu berdua usahakan tanah belakang tu” cadang Saodah”
“Aiza boleh tolong mak” balas Aiza.
“Kejap, kejap. Maknanya Mikael seorang lah yang kena kerja kan tanah tu? Kalau Aiza tolong mak, saya macam mana?” keluh Mikael.
Mereka tertawa bersama.
“Nanti lepas siap tolong mak, Aiza tolong abang lah dekat belakang tu.” jawab Aiza sambil tersenyum.
Hari pertama Saodah berniaga, jualan nya habis cuma panas kerana tempat jualan Saodah tiada pondok atau payung untuk berteduh. Dia meminta Mikael buat satu pondok disitu untuk mengelakkan kena panas dan hujan di kemudian hari.
Ketika Mikael sedang memasang tiang di tapak Saodah Berniaga, tiba-tiba dia disapa oleh seorang wanita cantik berbaju kurung, “Makcik jual nasi lemak semalam dah tak niaga ke bang?”
“Eh, jual. Ni nak buat pondok untuk meniaga lah ni, kesian mak kena panas kena hujan kalau tak buat pondok” balas Mikael
“Oh, mak abang ya, sedap nasi lemak dia masak.”
“Mak buat sambal, nasi pula isteri saya yang masak dan saya pula tukang bungkus. Terima kasih ya kongsi rezeki dengan kami” Jawab Mikael dengan senyuman.
“Oh, abang dah kahwin. Ingatkan bujang, baru nak ngorat abang yang kacak ni” kata wanita tu
“Gatalnya…”Bisik hati Mikael sambil berpaling dari wanita itu meneruskan kerjanya.
“Bila mak abang niaga semula?” soalnya lagi.
“Esok lusa dah siap lah pondok ni, lepas tu dah boleh niaga dah” jawab Mikael ringkas.
“Yelah, apapun nama saya Hanum, selamat bekenalan ya abang. Nanti bila dah niaga semula, saya datang beli lagi ya” Jawab wanita itu sambil berlalu.
“Tak tanya nama pun”bisik lagi hati kecil Mikael dengan sedikit perasaan menyampah.
Balik tu Mikael menceritakan apa yang berlaku kepada isterinya, berdekah gelak isterinya mendengar. “Boleh tahan juga gatal kan dia bang” kata Aiza sambil ketawa lagi.
“Tapi mungkin dia nak bergurau je kot. Nak beramah mesra” sambung Aiza lagi.
“Macam tak kena tempat je nak beramah mesra” balas Mikael mencuka.
“Mak mana? Tak nampak dari tadi”...
“Ada dalam bilik, Mak baru lepas tolong Aiza letak pasu-pasu dekat belakang. Dah cakap tak payah, Aiza boleh buat seorang. Dia nak tolong jugak. Kepenatan lah tu. Biarlah dia rehat dulu”
Aiza mula melangkah ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk mereka sekeluarga. Sedang asyik Aiza memotong bawang di dapur, Aiza dikejutkan dengan suara jeritan dari bilik Saodah. Bergegas mereka berdua berlari ke bilik Saodah untuk mengetahui apa yang dah terjadi.
Nasib baik pintu tak berkunci, Aiza dengan cemas terus ke Saodah “ kenapa mak?”
Saodah cuma tersenyum kelat.dan menjawab ringkas “Mak ngigau Aiza”
Berdekah Mikael mendengar.
“Tulah, orang kata lepas asar tak elok tidur.hahaha” sambung ketawa lagi, tak tahan dengan gelagat ibunya itu.
“Ish abang ni, tak baik tau ketawakan mak, mak penat tolong Aiza tadi. Maafkan Aiza ye mak”
“Tak apa, dah biasa dengan perangai laki kamu ni Aiza.” Saodah juga turut ketawa bersama.
Eosk paginya Mikael mengajak Mak dan isterinya untuk melihat pondok yang hampir siap itu, tinggal sikit saja lagi kerja disitu maka siaplah pondok tu. Mereka pun bersetuju memandangkan badan Saodah masih bisa-bisa akibat kerja kebun bunga semalam.
“Assalamualaikum…” sedang asyik mereka mengemas di pondok itu, Hanum datang dengan wajah ceria.
“Nilah perempuan semalam yang abang cakap tu” bisik Mikael pada Aiza.
“Waalaikumsalam” balas mereka bertiga.
“Wah, dah nak siaplah pondok ni. Laju betul buat kerja, tak lama lagi saya dah boleh makan nasi lemak yang kamu semua jual dekat sini. Kata Hanum.
Saodah cuma tersenyum. “Insyaallah dalam dua tiga hari lagi dah niaga semula. Esok kami rehat dulu” jawab Aiza sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Kakak ni mesti isteri abang ni kan” soal hanum.
“Mana tahu?” jawab Aiza dengan soalan mudah.
“Sebab lawa.hehe.”
Tersenyum Mikael terdengar kata-kata Hanum itu.
“Saya Hanum kak. Nasi lemak akak buat sedaplah. Tu yang hari-hari lalu sini nak tengok dah niaga ke belum”
“Saya Aiza, ni Mikael suami saya dan ni mak mertua saya, Hanum dari mana ni? Duduk kawasan sini juga ke?
“Aah kak, sebenarnya saya duduk dekat rumah tu je” sambil menunjuk rumahnya yang berada di simpang berdekatan rumah agam Aiza.
“Oklah, taknak kacau korang. Hanum balik dulu ya.” Hanum beredar sambil melambaikan tangan kepada mereka.
“Ramah juga budak tu.” Kata Saodah
“Macam tak berapa betul je budak tu” balas Mikael menyampah.
Dibalas dengan ketawa oleh aiza “hahaha, tak baiklah abang ni. Baguslah orang ramah dengan kita, kita dapat kawan baru kan”
Petang itu setelah siap pondok dibina, mereka berjalan sekitar situ sambil bertegur sapa dengan jiran-jiran nya yang lain. Sejak seminggu yang lalu mereka belum lagi beramah mesra dengan jiran-jiran nya di kawasan itu.
Mereka disambut baik di kejiranan itu, ada yang mengenali Aiza, ada juga yang tidak mengenalinya, mungkin juga mereka baru berpindah ke situ baru-baru ni.
Ketenangan dan kedamaian mereka bertiga tidak kekal lama setelah mereka ternampak kelibat Haikal di halaman sebuah rumah di hujung jalan. Dan mereka nampak, Haikal berjalan ke arah mereka.
PENYESALAN
Debaran kian terasa. Saat Haikal semakin hampir dengan mereka, Saodah laju kedepan berbanding anak dan menantunya. Dalam pikirannya hanya satu, ingin melindungi Mikael dan Aiza. Sebaik sahaja tangan Saodah diangkat untuk menyerang Haikal, Haikal jatuh terjelupuk di hadapan mereka.
Semua terkejut dengan situasi itu. Lantas Aiza dengan spontan berlari kearah Haikal dan memapahnya untuk duduk di kerusi berdekatan.
Bukan main terkejut Mikael dibuatnya. Lantas dia mendekati Aiza “awak sedar tak awak buat apa? Ni Haikal! Orang yang cuba musnahkan keluarga awak!”
“Saya tahu, tapi saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Haikal. Saya tak rasa aura jahat dari dia berbanding setahun yang lalu”
Mikael hanya mendiamkan diri turut memapah Haikal untuk duduk.
“Maafkan aku. Aku dipergunakan. Aku tak boleh kawal seluruh badan aku selama bertahun-tahun.” Haikal mula bersuara.
Rupanya ada orang lain yang berdendam dengan keluarga itu sehingga kan Haikal juga turut menjadi mangsa. Orang itu mengenakan sihir kepadanya dan sejak dari itu Haikal tidak mampu mengawal dirinya sendiri. Semua dikawal oleh ahli sihir itu.
Selepas perjumpaan Haikal dan Saodah setahun yang lalu, Mereka bertempur dengan sangat dahsyat. Ilmu Haikal ketika itu hebat, hampir sahaja dia membunuh Saodah ketika itu. Saodah menang pun sebab tipu muslihat nya yang mengatakan Aiza telah mati ketika malam Haikal menyerang Aiza. Kalau tidak kerana hal itu, sudah tentu Saodah juga akan menemui ajal pada malam itu.
Bila Haikal tahu Aiza telah mati, dia juga teramat sedih dan terus lenyap ke hutan pada ketika itu.
Tak lama selepas itu Haikal mula dapat rasakan dia mampu mengawal semula tubuh badan miliknya setelah kira-kira hampir 30 tahun ibarat jiwa yang tak mampu bergerak selama ini.
Sehingga sekarang pun Haikal masih tidak boleh mengawal tubuh badan nya dengan sempurna.
Seakan tidak percaya dengan apa yang diceritakan Haikal itu, tapi Saodah tidak pula menunjukkan reaksi yang bukan-bukan.
Giliran Saodah pula bebicara, “Maknanya kau telah dipergunakan selama ni?”
Seakan tidak percaya tapi Haikal yang ada depan matanya bukanlah Haikal yang dulu. Haikal yang sekarang ni tidak setegap dan nampak jelas tidak bermaya, seperti seorang penghidap kanser.
“Ya, ni lah aku yang sekarang Saodah. Apa yang jadi dulu takkan pernah aku lupa walaupun satu saat. Cuma aku tak mampu untuk berbuat apa-apa.” mula terbit air mata di kelopak mata Haikal.
Selama setahun ni Haikal hidup seperti orang gila, tak terurus. Sayu hatinya bila dia dapat tahu dari Saodah dulu Aiza sudah tiada.
Sekarang, dia juga seakan tidak percaya Aiza diri dihadapan nya dengan keadaan masih sihat walafiat.
Mikael masih ragu-ragu dengan Haikal. Terbit rasa syukur dihati Aiza bila dia tahu Pakciknya sebenarnya bukan lah orang jahat yang sebenar.
Aiza mempelawa Haikal untuk duduk bersama mereka, bagi Aiza yang dah berlalu biarkan berlalu. Mulakan hidup baru dengan aman dan bahagia.
Beberapa hari berlalu, akhirnya Haikal buka mulut tentang kejadian sebenar bagaimana dia boleh dikawal oleh ahli sihir itu.
Pada masa tu Raikal dan semua orang sedang menyiapkan satu majlis hari jadi Aiza yang ke enam dan Ray yang ketujuh. Mereka lahir pada tarikh yang sama cuma tahun sahaja yang berbeza, sedang Raikal sibuk membantu mengemas di hadapan rumah agam yang terbina dengan sangat besar sebelum dihancurkan oleh ahli sihir jahat itu, Haikal sempat menyatakan rasa tak sedap hatinya kepada abang nya itu.
“Bang, saya rasa ada benda yang buruk akan berlaku.”
“Jangan kau fikir bukan-bukan wahai adik ku”
“Abang jangan berkata seolah-olah kita tiada musuh!” tegas Haikal menjawab.
“Ya, aku tahu. Tapi kamu kena juga tahu dan faham kita sudah berbaik dan menjalankan hubungan yang sangat baik dengan semua pihak musuh kita. Kita antara puak yang berpengaruh dari 3 puak lain’ panjang Raikal menjelaskan.
Pada masa itu ada 3 puak lain nya selain puak serigala jadian yang ada di muka bumi. Puak-puak itu adalah manusia biasa, vampire dan juga ahli sihir.
Walaupun berbeza kekuatan dan berbeza puak, dengan baik Raikal mewujudkan satu hubungan diplomatik antara mereka, baginya sudah sampai masa mereka semua untuk bekerjasama dan mula hidup bersama dengan aman damai.
Mereka tak risau sangat tentang puak vampire kerana selalunya puak itu takkan menimbulkan banyak masalah, seolah mereka dengan dunianya sahaja.
Manusia dianggap paling lemah kerana tiada sebarang kuasa cuma yang ada hanyalah akal yang cerdik dan dapat menggunakan kepandaian untuk membina suatu kemajuan.
Cuma ahli sihir sahaja yang mereka risaukan, Raikal juga tahu bahawa Ahli sihir banyak tipu muslihat.
Walaupun begitu semasa mereka semua bersetuju untuk bergabung ahli sihir dan vampire memberikan hadiah kecil kepada puak serigala jadian, Raikal memberikan hadiah itu kepada keluarga Saodah yang merupakan golongan manusia biasa. Sebab itu jugalah Saodah boleh menggunakan sihir sama seperti ahli sihir yang lain.
Kenapa Saodah terpilih adalah sebab mereka ingin menyatukan kuasa melalui manusia biasa. Saodah tidak tamak, dia memberi kuasa dari vampire untuk anaknya Mikael dan kekuatan serigala jadian kepada suaminya Anas, tapi sayang umur Anas tidak panjang, meninggal dunia disebabkan mati lemas akibat kakinya tersangkut akar kayu semasa berenang di satu sungai yang amat besar untuk menangkap ikan gergasi pada waktu itu. Akibat kekurangan oxigen untuk bernafas, akhirnya Anas tewas juga disebabkan dia rasa mampu menewaskan ikan gergasi itu, tanpa berfikir panjang dia terus terjun kedalam sungai yang dia sendiri tak tahu ada apa di dasarnya.
“Saya risaukan ahli sihir tu je. Mereka memang tiada masalah cuma Balqis yang saya risaukan.” soal Haikal memintas lamunan Raikal.
Balqis adalah anak kepada raja ahli sihir, dia amat benci dengan rancangan penyatuan ini. Baginya semua kena tunduk kepadanya sahaja. Dia juga merupakan anak tunggal raja sihir sekaligus merangkap penerus takhta kerajaan nya.
Memang dia tidak akan duduk diam selagi seluruh keturunan Raikal masih hidup. Dia telah membuat rancangan jahat dengan menggunakan tubuh badan Haikal sebagai dalang kepada perbuatan kejamnya itu.
Habis hancur majlis hari jadi itu selepas Haikal tidak mampu mengawal tubuh badan nya. Haikal berubah menjadi serigala yang sangat besar dan menggerunkan serta dia telah menyerang dan membunuh semua yang ada disitu.
Ketika Haikal mengamuk, Raikal sempat membawa anak-anaknya kepada Saodah dan menyuruh Saodah untuk melarikan diri.
Saodah ketika itu tidak tahu serigala besar dan menggerunkan itu adalah Haikal, yang tahu hanyalah Raikal sahaja.
Dia teragak-agak untuk melarikan diri kerana memikirkan keselamatan Raikal. Dia terpaksa juga beredar setelah ternampak Haikal membunuh isteri Raikal, Laila dengan kejam sekali.
Saodah tahu bila Raikal mengamuk, pasti terjadi satu bencana yang amat dahsyat akan berlaku. Kerana tiada pilihan, mereka melarkan diri ke hutan.
Raikal berubah menjadi serigala jadian yang amat besar sekali, saiznya saja dua kali ganda dari Haikal. Mereka bertempur ddengan dahsyat, Haikal hampir saja tewas tetapi disaat Raikal nak membunuh Haikal, datang sekumpulan ahli sihir menyerangnya.
Puak vampire tidak duduk diam, mereka membantu Raikal maka dengan sekelip mata tempat itu menjadi satu medan perang yang amat dahsyat.
Bila keadaan menjadi sangat tegang, mereka kehilangan ramai orang dari puak masing-masing akibat amukkan Haikal dan Raikal, Balqis mula keluar untuk membunuh saki baki dari puak vampire dan juga Raikal.
Balqis mengambil segala kesempatan terhadap mereka semua, setelah Raikal tewas dan di penghujung nyawanya, Balqis melepaskan sihir yang dikenakan kepada Haikal, Dia nak Haikal tengok dengan keadaan penuh kawalan bagaimana dia membunuh abangnya Raikal.
Haikal meraung meilhat abangnya dibunuh dengan kejam di hadapan mata nya. Dalam keadaan lemah itu, Haikal tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan abangnya.
Selepas beberapa ketika Balqis kembali mengawal tubuh badan Haikal, Haikal terpaksa menjadi seperti boneka mainan Balqis yang kejam itu. Balqis tahu anak-anak Raikal sempat melarikan diri dari tempat itu. Sebab tu juga lah Balqis tidak melepaskan Haikal.
Balqis nak buat orang semua percaya Haikal dalang yang sebenar.
Haikal tak mampu meneruskan kisahnya lagi kerana terlalu sadis, Giliran Saodah pula menyambung kisah itu.
Semasa Saodah melarikan diri, dia terdengar raungan yang amat dahsyat dari arah rumah agam itu. Dia meninggalkan Aiza dan Ray di salah satu rumah dalam kampung itu untuk bersembunyi, dia memesan supaya jangan keluar sehingga keadaan semua kembali tenang. Dia dan Mikael patah balik ke rumah agam itu untuk melihat apa yang terjadi, apa yang dia lihat adalah serigala besar yang meraung disisi Raikal dan yang paling mengejutkan adalah apabila Serigala itu berubah menjadi Haikal.
Dia tidak sanggup menerima semua itu, dia membawa anaknya Mikael untuk berhijrah disitu setelah memastikan keselamatan Aiza dan Ray.
Saodah dan Mikael menetap disatu kawasan lain yang agak jauh dari situ dan Aiza dan Ray pula kembali kerumah agam itu. Suasana pilu menusuk kalbu kerana mereka berdua terpaksa menguruskan mayat ibu dan bapanya serta orang-orang yang tewas disitu. Cuma segelintir sahaja yang terselamat.
Setelah bertahun berlalu, terbit rasa bersalah dalam hati Saodah kerana meninggalkan Aiza dan Ray, dia kembali ketempat itu. Dan lebih sedih bila dia dapat tahu bahawa Ray juga telah tewas dibunuh kejam oleh Haikal dan beberapa orang kampung yang termakan sihir si Balqis itu. Sekali lagi dia cuba untuk menjaga Aiza tanpa pengetahuan nya. Nasib baik Aiza dan mikael bertemu jodoh tanpa Saodah sedar dan dengan itu dapat lah Saodah selalu ada dengan Aiza, dia juga tidak bimbang kerana Mikael amat menyayangi Aiza dan akan menjaga Aiza dengan baik apabila dia sudah tiada.
Mikael mencelah perbualan itu dengan soalan “Jadi Mikael ni vampire lah mak?”
“Kau tu manusia biasa je, cuma ada sikit je kuasa dari keturunan vampire masuk dalam badan kau.” balas Saodah
Mikael mempunyai kuasa vampire tetapi cumalah tidak merasa penat dan gagah perkasa sahaja yang ada dalam dirinya, selain itu tiada apa-apa kuasa lain yang dia dapat.
Tampak sedikit kecewa Mikael mendengar penjelasan Saodah, ketawa kecil mereka bertiga melihat Mikael.
Mula dari saat itu Haikal turut membantu Mikael untuk usahakan kebun bunga dan sayuran di tanah lapang milik mereka itu.
Aiza pula cuma sesekali sahaja membantu kerja-kerja dibelakang itu pun saat mengambil hasil bunga dan sayuran untuk dijual, selebihnya dia banyak membantu Saodah menjual nasi lemak setiap pagi.
Hampir setiap hari juga Hanum datang membeli nasi lemak mereka, Mereka selalu berbual panjang sehingga habis jualan nasi lemak. Hanum sebenarnya tiada kawan untuk menghabiskan masa.
Ini kerana ramai diantara rakan-rakan sebaya Hanum telah berhijrah ke luar daerah itu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Hanum hanya dapat duduk di bandar itu kerana menjaga ibunya yang tengah tenat akibat sakit tua.
padanya , biarlah dia berbakti kepada orang tuanya memandangkan dia juga anak tunggal dalam keluarga itu. Tapi suasana bandar ketika ini dah tak macam dulu. Sejak keluarga Aiza balik semula ke bandar itu, mereka sajalah tempat Hanum melepaskan keluh kesah, kongsi kegembiraan dan macam-macam lagi.
Lega hatinya bila keluarga itu melayan segala karenah nya. Dia juga mula sayang dan dah menganggap mereka seperti keluarga.
Cuma Hanum sedikit takut dengan Haikal. Ini kerana wajah Haikal yang garang dan bengis. Walaupun begitu, Haikal juga baik kepadanya. Hanum dianggap sebagai anak angkat dalam keluarga itu.
Pada satu petang, ketika itu hujan renyai di bandar itu. Aiza duduk termenung di beranda biliknya mengenangkan kebahagian yang mereka semua kecapi sekarang.
Datang Mikael dari arah belakang memeluk tubuh Aiza, sungguh romantis suasana petang tu.
“Tak yah lah romantis sangat abang, akak oi!”
Jeritan dari Hanum di hadapan pagar rumah agam itu menghentikan suasana hangat itu.
“ish , kacau lah kau ni. Ada apa datang?” Soal Mikael.
“Nak bagitahu malam ni Hanum ada buat majlis doa selamat untuk mak Hanum kat rumah” balas Hanum.
“Haa yelah, malam ni kami datang” jawab Aiza.
Hanum masuk kedalam rumah agam untuk memberitahu mak Odah.
Disapanya Haikal ketika sedang asyik menghisap rokok di pangkin hadapan rumah iti. Haikal cuma tersenyum sambil mengangkat tangan melambai.
“Mak Odah mana pakcik? Tanya Hanum.
“Carilah dekat dalam, dia baru je masuk tu” jawab Haikal sekadar memuncungkan mulut kearah dalam rumah.
Saat masuk kedalam rumah, Hanum perasan ada sepasang mata kemerahan sedang memerhati dari arah kebun belakang rumah itu. Separuh menjerit akibat terkejut.
Terus dia memberitahu Haikal yang duduk atas pangkin berhampirannya. Dengan cemas Haikal berlari kebelakang diikuti Mikael dan Aiza yang baru keluar dari dalam rumah.
Tak lama selepas itu Haikal kembali dengan wajah yang cemas.
“Siapa tu pakcik?” tanya Aiza.
“Balqis!”
Pucat terus muka Aiza, mereka semua terus masuk mendapatkan Saodah di dalam.
“Selagi kita bersama, dia tak ada kuasa untuk mulakan serangan.” Saodah berkata.
Menurut Saodah kuasa yang ada pada Haikal dan Aiza mula bertambah cuma bila Saodah ada berdekatan mereka, mereka tidak dapat bertukar saja.
Saodah dapat merasakan kuasa mereka berdua semakin kuat. Tidak kurang juga dengan anaknya Mikael.
Buat masa sekarang mungkin Balqis tak dapat apa-apakan mereka. Tapi satu hari Balqis pasti dapat apa yang dia nak.
Hanum baru tahu cerita sebenar tentang keluarga itu. Tapi Hanum tidak melarikan di ketakutan. Hanum teruja apabila dia mengetahui hal keluarga itu.
Malam tu mereka semua pergi ke rumah Hanum untuk majlis doa selamat ibunya. Selepas majlis itu, semasa mereka berbual-bual diluar, mak Hanum semakin nazak dan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada malam itu.
Selepas pengurusan jenazah mak Hanum selesai, Hanum duduk kseseorangan di atas kubur mak nya itu. Dia dah tak ada tempat lagi untuk hidup.
Aiza datang ke tempat Hanum keseorangan itu, Aiza mempelawa Hanum untuk duduk bersama, memandangkan Hanum dah tak ada siapa-siapa lagi untuk duduk bersama. Bagi Aiza, Hanum perlu duduk bersamanya kerana Hanum mungkin dalam bahaya. Mungkin saja Balqis akan mengambil kesempatan bila dia tahu Hanum ada kaitan dengan mereka.
Tanpa membantah, Hanum hanya bersetuju dengan cadangan Aiza.
Hari kian berlalu, hal kematian mak Hanum dan Balqis semakin dilupakan. Tetapi mereka takkan biarkan salah seorang dari mereka keluar keseorangan. Hanum tidur juga sebilik dengan Saodah. Hanya Haikal sahaja yang tidur sendirian di bilik berhadapan bilik Aiza dan bersebelahan dengan bilik Saodah.
Walaupun semakin lama hari berlalu, mereka masih berjaga-jaga kerana mereka tidak mahu kehilangan siapa-siapa lagi.
Keesokan paginya apabila mereka hendak memulakan persiapan untuk meniaga nasi lemak, Aiza yang berada di dapur tiba-tiba pengsan. Panik juga mereka yang lain.
Bergegas mereka hantar Aiza ke klinik berhampiran. Klink paling dekat pun mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan. Mujur tak ada siapa yang tertinggal dirumah, takut-takut sesuatu yang buruk terjadi.
Tiba saja di klinik, atendan klinik membantu mengangkat Aiza yang masih pengsan itu. Mereka menunggu kira-kira 30 minit barulah dapat berjumpa dengan doktor.
Doktor beritahu berita gembira, Aiza disahkan mengandung 3 bulan. Menitis air mata Mikael, Saodah juga gembira, tak sangka dia akan menjadi seorang nenek.
Tiba-tiba Haikal pula pengsan disitu.
Bersambung bahagian 2...
Comments